BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 9, 2010

Siri Ketujuhbelas- Sekali Lagi Air Mata

Tuduhan demi tuduhan.. hampir setiap hari Naeem dibelenggu tuduhan.. Aku dan Farhan juga turut tak terlepas terkena tempias ketidakpuasan hati mereka-mereka yang menyebelahi arwah Izzat.. Tambah teruk apabila pelajar-pelajar kelas Izzat turut memulau kehadiran Naeem apabila terserempak denganya.. Nasib aku dan Farhan baik kerana, ada segelintir pelajar kelas mereka masih beranggapan baik terhadap kami.. Aku pun tidak tahu, bilakah perkara ini akan berakhir.. Apa yang terjdi pada Izzat sememangnya telah ditakdirkan.. Kami semua langsung tak merancang untuk bergaduh dengan sesiapa.. "Baik kita bubarlah team ni? menyusahkan korang tau!!" sergah Muaz... Walaupun Muaz tidak terkena tempias tuduhan, namun aku tahu, Muaz juga tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan terhadap kami.. "Sabar Muaz, kita tak rancang semua ni.. Dah nak jadi" Farhan menenangkan Muaz.. "Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia apakan daya" Aku memberi pantun dua kerat.. Naeem pula hanya berdiam diri.. Naeem sememangnya banyak berubah, kalau sebelum ini dia lah merupakan orang yang paling banyak bercakap dan bergurau dengan kami.. Apabila diri dibelenggu rasa bersalah dan penyesalan, tak hairanlah diri boleh menjadi berlainan.. "Sekarang macam mana? aku tak nak benda ni boleh rosakkan masa depan kita.. Kita lama lagi nak sekolah tau.. SPM pun tak lepas" terang Muaz.. "Memang la, tapi yang penting sekarang, kita kena mintak maaf dengan orang yang kita kenakan dulu.. Mungkin, ini lah cara terakhir untuk kita memperbaiki reputasi kita" ujar Farhan panjang lebar.. "Naeem, aku rasa, esok kita pergi kelas Zaty, dan kita minta maaf dekat dia.. Tak kan nak terus macam ni" pujuk ku.. Naeem sekadar menganggukan kepala tanda setuju.. "Aku rasa, tu bukan racangan yang baik.. Kalau korang pergi mintak maaf, lagi bertambah teruk jadinya.. Tak pasal-pasal korang bergaduh dengan budak-budak kelas Ezzaty.. Lupakan je lah rancanagan tu" Muaz memberi amaran.. Kami semua hanya mengeluh kecil.. Malam itu, aku menelefon Dia.. Sudah lama benar aku tak berhubung denganya.. Akhir sekali ialah sebelum terjadinya peristiwa pergaduhan itu.. "The number that You call is not reachable, please try again later, thank you" suara operator yang kedengaran.. "Ahh, susah la macam ni, marah betul dia.. hmm" kata ku sendirian.. "trut!! trut!! trut!!" nada SMS ku berbunyi.. "Tuhan Maha Adil, Dia dah tunjuk kan kebenaran dekat saya.. Saya bernasib baik apabila berita mengenai rancangan WHB awak tersebar.. Saya juga turut bernasib baik bila tidak turut menjadi mangsa permainan awak dengan kawan-kawan awak.." katanya.. Aku yang terkejut dengan keadaan itu terus membalas "Awak, memang saya mengaku wujudnya WHB untuk memainkan wanita.. Tapi saya lansung tak berniat nak permainkan awak.. Kalau saya nak permainkan awak, dah lama tau.. Saya sayangkan awak.." aku membalas.. "Sudah Hafiz!! cukup.. cukuplah sekadar Ezzaty sahaja yang terkena.. Jangan cuba hendak memperbodohkan saya pula.. Bagi saya, sayang awak tu hanya sekadar dibibir.." balasnya.. "Awak, saya tahu saya tak sempurna untuk awak, tapi tolonglah.. Jangan buat saya rasa bersalah.. cukuplah dengan tomahan yang saya terima dekat sekolah.. Janganlah awak turut membenci saya.." rayu ku.. "Awak memang patut rasa bersalah, sebab awak dan kawan-kawan awaklah, Izzat pergi.. Sebab awak dan kawan-kawan awaklah, Ezzaty sekarang selalu menangis.. Cukup Hafiz!!" ayat SMS nya cukup memedihkan.. Aku lansung tak menyangka, orang yang aku sayang dan aku cinta juga turut beranggapan sedemikian rupa.. "Awak, tolonglah faham dengan keadaan saya sekarang.. Saya sayang awak, tapi awak kena faham situasi saya" rayu ku lagi.. "Sudah la  hafiz, sayang awak tu tak kemana, kalau awak sayang kan saya,awak mesti dah berterus terang dengan saya dari awal lagi.. Lepas ni, jangan pernah call saya, jangan pernag SMS saya.. Jangan pernah jumpa saya.. dan jangan pernah tegur saya!!! selamat malam" dia menamatkan perbualan.. Aku terkedu membaca ayatnya.. Jari jemari ku seakan-akan mengeras untuk membalas mesejnya.. Ya Tuhan, inikah hukuman yang harus aku terima.. Kenapa? dua kali aku dikecewakan.. Kenapa aku kebahagian yang hampir aku kecapi, sering kali tersadai ditengah jalan..?? Tak layakkah aku untuk mencintai dan dicintai?.. Aku hanya memerap didalam bilik sahaja hari itu.. Abangku memanggilku untuk makan malam, namun aku sekadar memberitahu aku sudah kenyang sahaja.. Esok pagi, aku harus bersiap sedia untuk menjemput ibu bapaku pulang dari luar negara.. Mereka dijangka tiba pada pukul 9.30pagi.. Malam itu, aku membuka akaun Facebook ku.. Banyak notification yang aku terima.. Namun, hati ku tak terasa untuk membaca kesemuanya.. Aku hanya baca beberapa sahaja.. Sepinya hidup ku........


bersambung........................



0 comments: