BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, December 5, 2010

Siri Kelimabelas- Hukuman

Semua mata memandang tepat kearah kami.. Aku memandang Farhan, wajahanya kelihatan tenang.. Aku hairan, dalam keadaan sebegini rupa pn, dia masih boleh tenang.. Aku pula memandang ke arah Izzat, seperti yang aku jangka, raut wajahnya juga turut tenang.. Hanya aku seorang sahaja yang kelihatan gelisah.. Aku berfikir sejenak, "buat apa aku nak risau, sedangkan kawan-kawan aku tenang je.." bisik hati ku.. Kami bertiga berjalan beriringan ke ats pentas.. Pengetua, Puan Rahimah, memandang tepat ke arah kami.. "Ha!! ini rupanya pelajar yang nak tunjuk besar kepala dekat sekolah ni.." herdik beliau.. Kami sekadar menundukkan muka kebawah sahaja.. "Cikgu Yuzi, mulakan.." arah pengetua.. Cikgu Yuzi datang membawa sebatang rotan panjang dan tebal ditanganya.. Cikgu Yuzi kemudianya mengarahkan kami supaya pusing ke belakang.. Wajah kami dihadapkan berhadapan muka para pelajar yang lain.. Pada masa itu, aku perasaan wajah Dia.. Dia memerhatikan aku.. Dari riak wajahnya, aku yakin yang Dia pasti tidak menyangka bahawa perangai aku sebegini rupa.. Aku segera mengalihkan pandangan ku ketempat lain.. "Zasss!!!!!" satu sebatan menghinggap di punggung ku.. Aku sedikit terkejut kerana ketika itu, fikiran ku melayang ke tempat lain.. Aku bersiap sedia menunggu sebatan kedua.. "Zasss!!!!" sebatan kedua pula menghinggap. Aku telah bersiap sedia dengan sebatan kali, oleh itu, rasa sakitnya tidak lah teruk sangat.. Apabila tiba sebatan ketiga, aku lihat, ada dikalangan pelajar perempuan menekup muka mereka dengan buku dan tudung masin-masing.. Mungkin kerana mereka kesian tengok aku disebat, ataupun mereka tak tahan dengan bunyi sebatan.. Tak pun, mereka benci melihat wajah seorang pelajar yang melanggar disiplin sekolah.. Itu semua tidak penting, yang pentinya ialah, sebatan ketiga cukup membuat kan aku pengsan.. Terasa daya sebatan kali ini lebih pantas, hayunan lebih tinggi dan ketepatan rotan diarah yang sama mengena.. Hanya Tuhan saja yang tahu bertapa sakitnya sebatan ketiga itu.. Aku turun dari pentas dengan kaki yang bergetar-getar, namu begitu, aku sempat memegang bahu Farhan dan membisikkan di telinganya, "Paan, rileks ok, ingat Tuhan, jangan melawan.." aku berpesan kepadanya.. Aku terus masuk ke barisan kelas ku.. Kini, tiba giliran Farhan di sebat.. Farhan kelihatan tenang sewaktu menerima sebatan pertama dan kedua.. Namun, apabila masuk sebatan ketiga, dia mulai longlai.. Tubuhnya tergetar-getar seperti aku.. Tak ubah seperti orang tua yang menghidapi penyakit "Parkinson".. Farhan turun dari pentas perlahan-lahan dan berjalan masuk kearah barisan.. Naeem dan Muaz menghampiri kami.. "Thanks bro, sebab sanggup terima hukuman sebab aku.." suara Naeem sedikit sebak.. "Sorry la sebab tak sempat nak bagitau korang yang pengawas dah sampai.. Aku dah perasan yang pengawas dah mula sampai, tapi aku tak berkesempatan nak bagitau korang" ujar Muaz panjang lebar.. Farhan sekadar tersenyum dan aku pula berkata "Tak apa, kita kena sanggup berkorban demi kawan.. Itulah baru lah kawan sejati" sindir ku kepada Naeem.. Naeem faham dengan sindiran ku, menepuk bahu ku.. Aku sekadar tersenyum.. Kini, tiba giliran Izzat dihukum.. Izzat menerima sebatan pertama dengan tenang.. Masuk sebatan kedua, dia mulai mengeluh.. Apabila cikgu Yuzi ingin menghayun sebatan ketiga, tiba-tiba Izzat rebah.. Aku termasuk para pelajar semua terkejut besar.. Cikgu Yuzi segera melepaskan rotanya dan segera memeriksa nadi Izzat.. Izzat pengsan kerana pada waktu itu, pancaran cahaya matahari sudah mulai terik.. Izzat dikendong oleh Cikgu Hasanol dan dibawa ke bilik rawatan.. Beliau diiringi Puan Rahimah dan cikgu-cikgu yang lain.. Puan Umi pula mengarahkan para pelajar masuk ke kelas semula.. Beliau segera mengambil rotan dan mengancah-acah para pelajar supaya segara beredar.. Aku,Farhan,Muaz dan Naeem terlebih dahulu masuk ke kelas.. Aku dipimpin Naeem dan Farhan dipimpin oleh Muaz.. Apabila tiba di kelas, ramai rakan-rakan sekelas mengerumuni ku.. "Ahh!! tepi-tepi, Hang Jebat nak berehat ni" usik Syafie.. Syafie memang begitu.. Telatahnya cukup membuatkan orang sekeliling ketawa gembira.. "Hei piee, kau diam la.. Kawan kita sakit ni!!" bentak Syera.. "Weyh!!! back up pakwe.. hahahha!!!" ejek Syafie sambil disambut hilai tawa rakan-rakan yang lain.. Aku sekadar tersenyum.. Aisyah pula menghampiri ku, "kau tak apa-apa?" soal nya.. "tak, aku ok.. biasalah kena rotan.." aku tersenyum.. Aisyah akhirnya turut tersenyum.. "Amboi!! semua tanya khabar Hang Jebat, khabar Hang Tuah tak nak tanya ke?" nada Farhan seperti merajuk.. "Ye la sayang, kan I ada kat sebelah U ni.. hahahah!!" Muaz berlagak lembut.. Satu kelas ketawa besar ketika itu.. Tiba-tiba, aku teringat akan Izzat.. Aku harap, tiada sesuatu yang buruk terjadi kepada nya.. Hari itu, tiada satu guru pun masuk mengajar.. Aku juga hairan, mengapa tak masuk? sibuk sangat kah.. Akhirnya jam telah menunjukkan pukul 1.10tengahari.. Aku bergegas pulang.. Hari ini, aku tak lepak seperti biasa.. Aku segera pulang ke rumah, maklum la, baru lepas kena rotan.. Sampai sahaja di rumah, aku lihat, kereta Honda Civic berwarna Silver parking di hadapan rumah ku.. "eh? ini kereta abang aku ni.. Asal balik tengah-tengah hari buta ni?" soal ku sendiri.. Masuk sahaja di rumah, abang ku terus menyerang ku dengan pelbagai soalan, "hang gaduh ka kat sekolah? sampai cikgu hantaq surat.." soal abang ku.. "Iya.. pagi tadi dah kena hukum dah.. kena la dua tiga sebat.. Lega sakit pinggang.." aku sedikit bergurau.. Abang aku sekadar mengelengkan kepala.. Kakak ipar ku pula tersenyum lebar.. "Tak kerja ka?" soal ku pula.. "Abang ambik cuti.. Pasai hang la.. Abang sat semalam, hang tengah dok tidoq, abang check la surat-surat, tengok naik nama hang.. Tu abang ambik cuti tu" terang abang ku.. Aku sekadar mengangguk tanda faham.. "Nasib baik abah dengan mak tak ada.. Kalau tak, siap adik" kakak ipar ku pula menyapa ku.. Aku sekadar tersenyum.. "Dah-dah, pi mandi lekaih, sat lagi jom pi keluaq makan.." arah abangku.. Aku tersenyum dan segera naik ke bilik.. Buka sahaja pintu bilik, handphone ku berbunyi.. tertera nama Nur Izzati Herman.. "hai zaty, kenap telefon hafiz ni?"soal ku terkejut.. Izzati jarang menelefon ku.. Aku kenal dia pun sebab aku berkawan dengan Izzat dan Wan.. "Hafiz, datang hospital selayang sekarang.." ujar Izzati cemas.. "Kenapa ni, siapa sakit?" soal ku.. "Izzat!! Izzat dah tak ada!!"......


bersambung...............


0 comments: