BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 2, 2010

Siri Ketigabelas- Izzat Nadzmi Bertindak!!

"Hoi Bangsat!!!" jeritan itu datang dari arah laluan kantin.. Aku terkejut dengan jeritan itu, aku mencari, dari mana datangnya bunyi itu.. Rupa-rupanya, Izzat Nadzmi yang menjerit itu.. Muka Izzat tampak bengis, tanganya pula mengenggam erat kayu hoki, dan aku dapat rasakan sesuatu yang buruk akan berlaku.. Muaz terdiam apabila melihat keadaan seperti itu.. Naeem pula kelihatan terpaku.. Farhan hanya membuat muka selamba tapi turut memerhati gelagat Izzat.. "Hoi mat korea.. Kau memang cari nahas kan ngan aku.." Izzat selamba mengherdik Naeem.. "Eh zat? kenapa ni? lain macam je kau.. apa salah aku?" Naeem tidak mengerti apakah makna Izzat berkelakuan sedemikian.. Aku sudah mula menganggak yang Izzat sudah tahu akan kejadian tadi.. Mungkin ada wartawan-wartawan cabuk yang sudah cerita dekat Izzat.. "Aku tau muka kau hensem, ada gaya.. tapi kau tak ada hak buat Zaty macam tu.." Jerit Izzat.. Pelajar-pelajar lain sudah mula mengerumuni kawasan kantin.. Aku mengajak Muaz supaya menenangkan Izzat.. Aku juga memberi insyarat kepada Farhan dan Naeem supaya berhati-hati. Mana la tau kalau-kalau kejadian yang tak diingini berlaku.. "Sudah la Izzat, jangan bising-bising dekat sini.. Cikgu datang naya je nanti" aku cuba memujuk Izzat.. Sedikit pun Izzat tidak memandangku.. Selepas itu Muaz cuba memujuk Izzat supaya melepaskan kayu hoki yang di pegangnya.. Namun Izzat menghalakan hujung kayu ke arah muka Muaz tanda dia enggan berbuat demikian.. "Kau tau aku suka dia, tapi kenapa kau ak hiraukan perasaan aku?" tanya Izzat kepada Naeem.. Naeem kelihatan gementar, ini mungkin kali pertama dia berhadapan dengan Izzat yang panas baran.. Izzat sebelum ini di kenali sebagai seorang yang tenang,kelakar, tak mudah melenting dan semua orang selesa berkawan dengan dia.. Tapi hari ini, aku telah berhadapan dengan Izzat yang di selaputi dendam membara.. "Bila aku dapat tau yang kau suka dia, aku tetap diam.. Aku pendamkan perasaan aku.. Tapi bila kau dah dapat dia, senang-senang kau lukakan hati dia kan.. Jahanam!!" Izzat terus menyerang Naeem.. Izzat menghayunkan kayu hoki itu kearah kepala Naeem.. Mujur Farhan sempat menahan kayu hoki itu dengan tanganya.. "Naeem, blah naeem.. blah cepat!!" Farhan segera menghalau Naeem dari situ.. Naeem terus berlari ke arah garaj basikal.. Aku menyuruh Muaz mengekori Naeem.. Izzat kemudianya mengamuk.. "Kau paan, kau backup dia, kau pun nak kena juga!!" sekali lagi Izzat menghayunkan kayu hoki ke arah Farhan.. Malangnya, kali ini, Farhan gagal menghalang kayu hoki itu. Batang kayu hoki itu tepat menyinggah di bahagian belakang Farhan.. 
Para pelajar ketika itu bersorak.. Izzat ingin mengekori langkah Naeem, tapi aku segera menghalang perjalananya.. "Hafiz, kau pun nak menghalang aku jugak!!" Izzat menengking aku.. "Zat, cukup la, tolong la berhenti buat kerja gila ni.." Aku cuba slowtalk denganya.. Tapi Izzat seperti di rasuk dan terus menyerang ku dengan kayu hoki.. Mujur aku sempat mengelak terjahanya.. Aku berjaya memeluk badanya supaya dia tidak dapat menyerang aku lagi.. Saiz badan ku jauh lebih besa darinya, jai mudahlah aku untuk mematikan langkah nya.. Farhan bingkas bangun dan segera mencampak kayu hoki itu ke arah luar bangunan kantin.. Izzat tetap meronta supaya aku melepaskan nya.. Entah bagaimana, badan Izzat terlepas dari pelukkan ku.. Satu das tumbukan melekat di pipi ku.. Aku rebah ke bumi.. Farhan segera menyerang Izzat dari belakang.. Izzat juga turut tersembam ke bumi.. Farhan duduk diatas badan Izzat dan menumbuk muka Izzat dua tiga kali..Aku bingkas bangun menenangkan Farhan.. "Dah paan, kawan kita ni.. Cukup!!" aku cuba menenangkan Farhan.. Mujur Farhan mendengar kata ku.. Aku menjangkakan bahawa cikgu disiplin pasti akan tiba.. Aku segera membisik ke telinga Farhan.. Aku mengajak nya supaya meninggalkan Izzat yang sudah terbaring lemah dan segera melarikan diri ke luar kawasan sekolah.. Malangnya, belum sempat aku mengatur langkah untuk lari, para pengawas sekolah sudah mengepung kawasan kantin.. Dan tiba-tiba, leherku di cengkam seseorang.. Aku memalingkan muka ke belakang dan aku lihat...............


bersambung.................



0 comments: