BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 1, 2010

Siri Kesepuluh- Perempuan

Air mata ku mengalir.. Perlahan-lahan jatuh ke pipi.. "Mimpikah semua ini?" tanya ku pada diri ku sendiri.. Amrullah bingkas bangun dari tempat duduk dan mendapatkan aku.. "Kenapa pis? kenapa tiba-tiba menangis? ada berita buruk ke?" soal Amrullah bertalu-talu.. "Dia dah tak ada am, dia dah tinggalkan aku.." jawabku.. "Tinggalkan kau? ke mana?" Amrullah bingung.. "Amsterdam,Belanda.. Ikut parents dia.." jawab ku sambil mengelap air mata di pipi.. "Sabar pis, anggap ini semua ini takdir.. Kita sebagai manusia kena la tabah menghadapinya" pujuk Amrullah..  Aku sendiri tidak mengerti.. Walau sekali pun hendak ke luar negara, mengapa harus memutuskan hubungan dengan ku? kenapa harus menyeksa akal fikiran ku? kenapa harus membuat aku tertanya-tanya? KENAPA?? aku sendiri keliru.. Aku besama denganya sudah lama.. Sejak dari sekolah rendah hingga ke menengah.. tapi kenapa? apa salah aku? tak cukupkah kasih sayang aku curahkan selama ini..?  Amrullah kemudianya memujuk aku agar pulang ke rumah.. "sudah la pis, balik lah.. tenangkan fikiran kau dekat rumah.. hari pun dah lewat malam ni.." Amrullah sekali lagi memujuk ku.. Aku tidak berkata sepatah pun, tidak mengangguk dan tidak menggeleng.. Hanya sekadar berdiam diri.. Amrullah kemudianya memanggil pelayan dan menjelaskan bil minuman kami.. "Pis, jom.. Aku hantar kau kat rumah.. Naik motor dengan aku.." Amrullah mempelawa ku.. Aku sekadar mengangguk sahaja.. Sampai sahaja di rumah.. Aku terus masuk ke bilik.. Ibu bapa ku tiada di rumah.. Kakak dan abangku semuanya sudah tinggal berasingan.. Aku duduk seorang diri di bilik.. Aku kemudianya hanya berbaring sahaja di atas katil.. Aku sudah tak hiraukan akaun Facebook ku, Blog dan YM.. akal fikiran ku seperti sudah tertutup.. Yang tinggal hanya perasaan kecewa dan hiba.. "kring,kring,kring!!" handphone ku berbunyi.. tertera nama Muaz di situ.. "Hello! ha, kenapa Muaz?" tanya ku.. "Wei bro, jom la.. lepak luar.. geng-geng semua dah ready, tinggal tunggu kau je" Muaz mengajak ku.. "Sorry bro, aku ak ada mood la, lagipun hari ni penat sikit.. Sorry tak join" balas ku.. "Alamak bro, malam ni malam jumaat, tu pasal awek ramai.. hahaha!!  Apa salahnya try sekali sekala.. Ni, Naeem pun ada.. Come on la.." pujuk Muaz.. Aku sekadar tersenyum sahaja.. Muaz kemudianya memanggil Naeem untuk bercakap dengan ku.. "Wassup!! haha it's  party man.. jom la join.. Awek ramai ni.. Gugur jantung haha..." terang Naeem.. "Sory la guys, next time la.. Aku pun nak tidur dah ni.. K, bye" aku menamatkan perbualan.. Selepas itu, aku pun terus terlelap.. Tiga minggu berlalu.. Fikiran aku kosong.. Nak keluar lepak dengan kawan-kawan, rasa malas.. lagipun aku memang tak ada mood.. Aku tak dapat nak gambarkan perasaan aku sekarang.. Kecewa ada, marah pun ada.. Tapi nak buat macam mana.. Benda dah jadi.. Aku mengeluarkan sebatang rokok Dunhill.. Sebatang demi sebatang aku hisap.. Sehingga aku terlelap.. Begitulah rutin hairan aku.. Kawan karib ku selain Muaz dan Wan ialah ROKOK.. Hanya dengan rokok sahaja lah aku seperti dapat melepaskan kekecewaan aku.. "trut!! trut!! trut!!" Nada dering SMS berbunyi di handphone ku.. Aisyah menghantar mesej "Hafiz, kau macam mana? sihat? aku simpati dengan kau.. Dah 2 minggu kau tak datang sekolah, padahal cuti sekolah seminggu je..datanglah.. Kami semua rindu dekat kau" Ayat Aisyah seperti mahu memujuk ku.. Aku sekadar tersenyum sinis sahaja apabila membaca mesej itu.. Keesokan paginya, aku ke sekolah dalam keadaan yang tidak terurus.. Dengan jambang yang penuh, rambut yang tak bersikat, dan tidak memakai tali leher.. Muaz orang pertama yang terkejut dengan penampilan aku sekarang.. "Wei, apa kau ni? macam kaki botol je aku tengok!!" Muaz menegur ku.. aku sekadar berdiam diri..


bersambung...................


0 comments: