BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 10, 2010

Siri Kelapanbelas- Jumpa Lagi?

Pagi itu, aku bangun agak awal.. Mungkin kerana aku teruja untuk menerima kepulangan ibu bapaku dari luar negara.. Hampir setahun mereka pergi.. Rindu tidak terkata.. Aku sendiri mengaku bahawa akulah paling manja dikalangan adik berdik ku.. Maklumlah, anak bongsu.. Abang aku terkejut dengan kelakuan ku, kerana aku jarang bangun awal.. Selalunya, dia yang sering mengejutkan aku dari tidur.. "Bangun awal? pelik?" katanya.. Aku sekadar tersenyum.. Tepat pukul 8pagi.. Kami semua telah siap bersedia bertolak ke KLIA.. Aku cuba menyembunyikkan kekecewaan yang aku alami malam tadi dengan bergurau dengan adik beradik ku yang lain.. Itu sahajalah yang mampu aku lakukan untuk mengembirakkan hati aku dan insan yang lain.. Aku tak mahu cahaya kekecewaan terpancar di wajahku.. Aku tak mahu cahaya kesepian, terlihat dimataku.. Dan aku tak mahu, derita yang aku alami turut dirasai orang lain.. Biar aku sendiri yang laluinya.. Dalam perjalanan ke sana, aku banyak berbual dengan adik beradik yang lain.. Jarang sekali kami berkumpul.. Maklumlah, masing-masing ada tanggungjawab sendiri.. Masing-masing ada rumahtangga sendiri.. Jadi, jika ada masa dan peluang untuk kami berkumpul semula, apa salahnya kami berkongsi cerita sesama sendiri.. Setiba sahaja di depan pintu utama KLIA, abangku menurunkan aku dan kakak-kakak ku dahulu sementara dia pula mencari parking di kawasan tempat letak kereta di bawah bangunan KLIA... Jam baru menunjukkan baru pukul 9.10minit pagi... Lagi 20minit, ibu bapa ku akan tiba.. Aku lihat kakak ku sedang meneliti jadual waktu ketibaan dan perlepasan kapal terbang.. Aku pula sekadar duduk di bangku yang kosong.. Tiba-tiba, kakak ku datang ke arah aku, "adik, kapal terbang mak delay sampai pukul 12tengahari sat gi tu.. Lambat lagi depa nak sampai ni" terang kakak ku.. "Amboi, lama pulak depa delay no!!" aku membalas.. Kakak ku menelefon abangku.. "Zi, kapal terbang abah dengan mak delay sampai pukul 12 sat lagi nu.. Lama lagi nak tunggu ni" ujar kakak ku.. "Tak pa lah.. Kita round-round dululah.. Pi Putrajaya ka, Wetland ka, mana ka.." balas abangku.. Aku meminta izin untuk pergi ke tandas dahulu.. Tiba-tiba sahaja terasa ingin membuang air kecil.. Aku bertanya kepada pakcik guard yang berjaga di pintu masuk "Pakcik, tumpang tanya.. Tandas dekat mana?" tanya ku.. "adik jalan terus, masuk kiri, pusing kanan.." terangnya.. Aku terasa kelakar apabila mendengar percakapanya.. Namun, nasib baik aku dapat menahan ketawa.. Setelah mengucapkan terima kasih.. Aku terus ke tandas mengikut arah panduan yang diterangkan tadi.. Selesai sahaja hajatku, aku terus keluar menuju ke tempat duduk ku tadi.. "Gedegang!!!" bunyi badan ku dilanggar troli pembawa barang.. Aku jatuh terjelepuk ke bawah.. "Oh God!  I'm sorry.. I didnt mean that" bunyi suara minta maaf dari orang yang terlanggar ku.. "Oh, its okay.. Please watch your step next time" pesan ku.. Aku rasa, mungkin pelancong asing ini terburu-buru mengejar sesuatu.. Jadi aku tidak memanjangkan cerita itu.. "Hafiz? is that u?" suara itu memanggil nama ku..Aku kenal benar suara itu.. Aku memakai semula kaca mataku yang jatuh tadi.. "Ha!! You?" aku terkejut.. Ya Tuhan, rupanya bekas kekasih ku dahulu rupanya.. Masuk kali ini, sudah dua kali aku terserempak denganya.. Kali pertama, sewaktu kami bertemu di kedai hadiah dan ketika itu aku sekadar berbual pendek denganya dan terus berlalu pergi.. Namun, kali ini, aku mungkin tidak mempunyai sebab untuk terus berlalu pergi seperti dahulu.. "Long time no see.. Last kita jumpa dekat kedai jual hadiah tu kan.. Apa khabar sekarang?" tanya Dia.. "Saya sihat.. Awak?" jawab ku ringkas.. "Hmm.. Awak nampak lain sekarang Hafiz.. Gembira saya tengok" puji Dia.. Aku sekadar tersenyum.. "Awak pun apa kurangnya.. Nampak berlain dari dulu.." puji ku semula.. Memang betul.. Sewaktu aku bertemu denganya di kedai hadiah dulu, wajahnya seperti biasa sahaja... Namun kali ini, wajah nya amat memukau mataku.. Seperti wajah yang orang yang aku pernah cintai dahulu.. "Terima Kasih.. hmm, Hafiz buat apa dekat sini? ada nak holiday mana-mana ke?" soal Dia.. "Tak, hafiz tengah tunggu mak abah balik dari luar negara" jawab ku.. Aku sememangnya langsung tak mempunyai idea untuk bertanyakan sesuatu.. "Emm.. saya pula baru je balik dari Amsterdam.. Hari tu balik sekejap, lepas tu pergi balik.. And now, I'm back.. Just for You" terangya.. Penghujung ayatnya membuat diri ku seakan-akan di dalam sebuah kapal yang sedang dilambung ombak.. Baru semalam aku ditinggalkan dan hari ini, aku dipanggil semula untuk cinta ini.. Macam dalam satu permainan.. Aku mengelamun seketika.. "Hello! are u still there? or are u now was watching an angel infront of u? haha" Dia bergurau.. Aku sekadar terpinga-pinga ketika itu.. "Aku salah dengar ke?" tanya ku sendiri.. "U know what, saya rasa menyesal sangat bila terkenang kisah dulu.. Kenapa saya perlu tinggalkan awak.." Dia memulakan ayat.. Aku sekadar memandang tepat kearah matanya.. Dia juga berbuat demikian.. Aku tidak berkata-kata apa.. "Sweet Heart!! cepatlah.. Your dad dah tunggu dalam kereta.." Suara mamanya memanggil nama Dia.. "I got to go, by the way.." katanya lantas Dia menarik tangan ku.. Dia mengambil pen di dalam begnya dan menulis nombor telefon di tangan aku.. "This is my new number, i hope, this night.. U will call me.. I'll waiting u.. Bye" dan satu layangan kucupan menyinggah di pipiku.. Aku terkedu.. Aku sekadar melambaikan tangan kearahnya dan Dia pun berlalu pergi.. "Dia cium aku? Ya Tuhan, mimpikah aku?" tanya ku pada diri sendiri... Dari satu sudut yang berhampiran.. Aku lihat, abang ku memandang ku sambil tersenyum sinis.. Aku faham benar erti senyuman itu...


bersambung..........



0 comments: