BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 15, 2010

Siri Keduapuluh- Jujurkah Dia?

"Can we be together like we have done past?" aku terkedu mendengar ayatnya... Begitu mudahkah aku menerima orang yang pernah tinggalkan aku suatu ketika dahulu.. Begitu senangkah aku menerima semula kata-kata cinta dari Dia.. "Hafiz? awak ok ke?" tanya Dia.. Aku yang ketika itu sedang mengelamun terkejut dengan teguranya... "Oh, sorry2.. Saya dengar apa awak cakap tadi.." kata ku menutup malu.. "Jadi? apa awak fikir?" soalnya.. Aku tak tahu hendak berkata apa-apa.. Mengiyakan tidak, menidakkan pun tidak.. Yang penting sekarang, aku harus membuat keputusan yang tepat.. Keputusan yang mampu membuat aku bahagia di masa depan kelak.. "You, apa kata kita bincang hal ni nanti.. How about at Wangsa Walk tomorrow?" aku mengajak Dia keluar temujanji.. "We are going to date? yeah!! I can't wait.. see you.. sayang" Dia mematikan perbualan.. Aku seakan terpinga-pinga... Perangainya sedikit pun tidak berubah seperti waktu dulu.. Sifat periangnya lah yang sering menjadi daya tarikkanya.. "trut!! trut! trut!" bunyi SMS masuk.. Aku membuka mesej tersebut.. Tertera nama Dia.. "Tomorrow is the best day ever for me.. meet me at cinema.. <3 nite" terangnya ringkas.. Aku sekadar tersenyum.. Aku sebenarnya ragu-ragu dengan kejujuran Dia.. Bolehkah aku mempercayainya? Apa pun, aku harus bertemu denganya esok.. Malam itu, aku tidur serba tak kena.. Perasaan ku gundah gulana.. Mungkin aku gementar untuk bertemu denganya.. "Hoi hoi!! Tidoq... Tadi kalut sangat nak tidoq.." jerit abangku.. Aku sekadar tersenyum sahaja.. Lalu, aku terlena jua akhirnya.. Seperti biasa, jika ada sesuatu pekara yang menarik atau penting yang harus aku lakukan, pasti aku akan bangun awal dengan sendirinya.. Aku bingkas bangun dari katil ku, dan terus menuju ke bilik mandi.. Selesai ber'shampoo', aku mengambil pencukur dan mencukur bulu-bulu halus di pipi dan dagu ku.. Aku mahu kelihatan kemas dan bersih.. Aku tak mahu apabila bertemu denganya, Dia akan melihat aku dalam keadaan tidak terurus.. Pagi itu, aku tak melakukan apa-apa, hanya sekadar duduk bersembang sahaja.. Tepat pukul 3 petang.. "Abah, Mak, Hafiz keluar kejap.. Nanti malam hafiz balik.." aku meminta izin.. Ayahku sekadar tidak berkata apa-apa.. "Nak ke mana?" soal Ibuku.. "Jumpa kawan, dekat Wangsa Walk..malam hafiz balik la.." terangku.. "Ye lah bawa motor elok-elok.. Jangan buat benda lain sudah" Ibuku mengigatkan ku.. Aku sekadar tersenyum sahaja.. Aku segera menghidupkan enjin motorku dan berlalu pergi.. Sampai sahaja di perkarangan tempat letak kenderaan.. Aku terus mendapat tempat letak motor yang berhampiran dengan pintu utama.. "amboi, bertuah aku hari ni ya.." usik diri ku sendiri.. Aku mengeluarkan handphone ku dan segera mendail nombor Dia.. "You dekat mana? I dah sampai dekat main gate.." tanya ku.. "You tunggu tau.. I dah dekat area JJ ni.." jawabnya.. "I tunggu You kat atas ya.. Bye" aku mematikan perbualan... Aku menuju ke tingkat dua dengan menaiki escalator.. Aku lihat, hari ini agak ramai para pengunjung yang berkunjung di sini.. Maklumlah, hari cuti.. "Kak, kasi 2 tiket cerita *****.. tempat duduk barisan H.." aku menempah tiket.. "Hai you, dah booked tiket untuk I? thanks.." Dia muncul dengan tiba-tiba.. "You dah breakfast? kalau belum, jom la.. Sempat lagi ni.." pelawa ku.. "I dah makan tadi, dengan mom and dad.. Kita sembang-sembang dekat sini je lah" katanya.. Aku sekadar tersenyum.. Kami membeli popcorn serta minuman dan duduk di kawasan panggung.. Movie yang kami berdua tonton itu ialah cerita mengenai seorang lelaki yang sering kalah dalam percintaanya.. Aku sengaja memilih cerita itu dan aku berharap agar Dia dapat memahami maksud sebenar aku.. Selepas itu Dia mengajak ku bermain bowling dan karaoke.. Selesai makan malam, sekitar pukul 8, kami sekadar berborak di kawasan luar gedung Wangsa Walk.. "Can we start now? about our last topic yesterday" Dia memulakan perbualan.. "Hmm.. Do you really love me?" aku menanya soalan kepada Dia.. "I sayang you.. I perlukan you.." suaranya lemah.. "But, how could you leave me on that day?" aku menanya lagi.. "Hafiz, waktu itu, saya bodoh hafiz, saya tak sedar apa yang saya lakukan hari tu akan membuatkan saya mennyesal suatu hari nanti.. Separuh hati saya ada dekat awak.. Jadi, saya datang kepada awak untuk mencantumkan ia semula...." terangnya.. "Kita sememangnya manusia yang fitrahnya sering melakukan kesilapan, tapi setiap kesalahan yang dilakukan pasti ada sebabnya.. Bukan saya tak mahu terima awak, tapi, saya takut.. Takut untuk lalui saat kepahitan" terangku panjang lebar.. "Saya faham Hafiz.. Tapi, tolonglah faham.. Saya akan beritahu awak bila sampai waktunya.." rayu Dia.. "Kalau macam tu, saya tak boleh paksa awak.. Saya hanya serahkan pada takdir" terang ku.. Beberapa minit kemudian, Dia berganjak dari tempat duduknya dan duduk bersebelahan ku.. Kemudian, Dia memeluk erat lengan ku.. Seperti tidak mahu aku terlepas dari genggamanya.. Aku tak mampu berkata apa-apa dan sekadar membiarkan sahaja.. Dia merapatkan wajahnya ke wajah ku.. Saat itu, aku rasakan seperti dalam cerita romantik barat.. Dia seperti mencuba merapatkan bibirnya kearah bibirku.. Dan........


bersambung.......



0 comments: