BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 1, 2010

Siri Kesebelas- Woman Heart Breaker

"Oh My God, apa kena ngan kau ni..??" soal Naeem.. Dan seperti biasa, aku hanya mendiam kan diri.. Aku sebenarnya bukan berniat kurang ajar sebab tak jawab pertanyaan mereka.. tapi aku tak mahu membuka pekung di dada.. aku kalau boleh tak nak sesiapa pun tahu pasal kecewanya hati dan perasaan aku.. Muaz kelihatan bingung apabila melihat keadaan aku.. Naeem tak henti-henti berbisik-bisik di telinga Muaz.. Syera yang tempat duduknya berhampiran dengan ku seperti terpaku melihat aku.. Aku sekadar mampu tersenyum apabila para pelajar lain turut melihat ku dengan pandangan yang semacam.. Mungkin mereka telah tahu akan masalah yang aku hadapi, tapi mungkin mereka tidak menyangka bahawa aku akan berada dalam keadaan yang tidak terurus seperti ini.. Aisyah juga turut seperti yang mereka. Dia merupakan kawan rapat bekas kekasihku.. Jadi, semua perkara tentang masalah aku pasti dia yang akan terlebih dahulu tahu..  "Bangun semua!! Selamat pagi Puan Halimah" Farhan memberi ucap selamat.. Seperti biasa, Puan Halimah akan mengambil kedatangan para pelajarnya.. Akhirnya beliau menegur aku, "ehh Hafiz..? datang kamu hari ni ya.. kenapa lama tak datang? sakit?" soal Puan Halimah.. "Kurang sihat sikit cikgu" jawab ku ringkas.. Aku kemudianya bangun dari tempat duduk dan berjalan ke arah beliau.. "Ini cikgu, surat MC.." aku memberi sampul berwarna biru kepadanya.. "Kenapa awak ni Hafiz? nampak tak terurus je.. Jambang tak cukur, rambut tak bersikat.. Sakit lagi ke?" soal nya lagi.. Aku hanya sekadar tersenyum sinis.. Senyum yang terukir di wajahku itu hanya lah sekadar luaran sahaja.. Itu sahaja yang mampu aku lakukan untuk menyembunyikan kehibaan di hati aku.. Selepas itu, guru matapelajaran saling silih berganti mengikut masa jadual waktu.. "Kring!!!" loceng rehat berbunyi.. Aku tidak ada selera untuk makan, jadi aku mengambil keputusan untuk duduk dalam kelas sahaja.. Farhan,Muaz dan Naeem menghampiri aku.. "Kenapa kau ni pis? ada masalah ke?" soal Farhan.. "Tah, dari tadi asyik diam,diam, diam je.." Rungut Naeem.. "Ceritalah kat kitaorang, manalah tau kitaorang boleh tolong" Muaz cuba memujuk.. Aku tersenyum melihat mereka, aku menghargai keperihatinan mereka.. Tapi, sebak di dada, tak akan ada sorang pun yang akan fahami.."Oklah kalau kau tak sedia nak cerita.. Tapi aku ada satu rancangan best ni.. Nak dengar?" Naeem memberi cadangan.. "Apa dia?" jawab Muaz dan Farhan serentak.. "Apa kata kalau kita tubuhkan satu team.. Team kita ni objektif dia, kasi malu dia punya muka bila kita mintak clash depan-depan kita ni.. Setuju?" terang Naeem.. Aku tersentak dengan cadangan itu.. Aku berfikir sejenak.. "patutkah aku mempersetujui penubuhan nie..?" soal ku sendiri.. "Emm bunyi macam menarik, aku pun sebenarnya ada juga dendam dengan bekas-bekas kekasih aku.. Sakit bro!!" jawab Muaz.. Kemudian Farhan mencelah, "aku on je.. Tapi, kena ada prinsip dan peraturan dalam team ni" terang Farhan.. "Aku sokong paan.. Macam ni, prinsip kita (No Women,No Try.. No Love,No Cry) ok tak?" cadang Naeem.. "Hahaha!! Set!!" Muaz ketawa tanda setuju.. Farhan juga turut ketawa tanda setuju.. "Kau pis? setuju tak?" tanya Naeem.. "Bagi aku masa dulu.. Biar aku fikir dulu" jawabku ringkas.. "Apa pis nak fikir-fikir, ok pe cadangan Naeem tu.." celah Muaz.. Aku termenung seketika.. "Hati aku pernah disakiti, apa kata kalau aku sakiti hati orang lain pula kan? hmm.." kata ku dalam hati.. "So, apa nama team ni?” aku mengajukan soalan.. “Ha!! Macam ni la.. baru happening.. Okay, aku cadangkan, Anti-Perempuan. Okay x?” cadang Muaz.. “Alamak, kuno la.. Apa kata Woman Heart Breaker? Singkatanya WHB.. Amacam?” cadang Naeem.. Aku dan Farhan  mengangguk tanda setuju.. “YEAH!!!! Hidup WHB!!” jerit Muaz.. "Tapi apa dendanya kalau gagal patuhi peraturan tu?" tanya ku.. "emm.. kalau gagal.. Kasi belanja makan la 2 minggu.. huhu!!" jawab Naeem disambut hilai tawa Muaz dan Farhan.. Memang la seronok rasa dapat kenakan orang.. tapi mampu ke aku? Adakah aku akan rasa tak bersalah bila aku memainkan hati insan lain seperti mana hati aku dipermainkan? tak mengapakah aku sanggup lukakan hati insan lain seperti hati aku dilukakan dulu..?? Kenapa harus aku berubah menjadi liar oleh kerana sebab dendam cinta lalu..? 

bersambung........


0 comments: