BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, December 12, 2010

Siri Kesembilanbelas- Ragu-Ragu,Tapi Mahu

Selesai sahaja ibu dan ayah ku tiba, kami sekeluarga terus ke restoran makanan melayu yang terletak di Sepang kerana ibu aku teringin benar mahu makan makanan melayu.. Lama sangat di rantau orang, sampai tekak pun rasa loya.. Aku sekadar mengiyakan sahaja kata ibu ku.. Dalam perjalanan, fikiran ku melayang ke arah Dia.. Aku teringat peristiwa tadi.. Benarkah Dia masih mencintai aku? apakah kucupan itu sebagai buktinya? Susah untuk aku tafsirkan perasaan ini.. Ini bukan budayaku, ini bukan caraku, dan ini bukan adat resam ku.. Memang Dia dah tergelincir jauh.. Maklumlah, sudah lama bercampur gaul dengan orang-orang di barat sana.. Maka, segala adat dan budaya turut dipelajari bersama.. Jadi, tidak mustahil Dia secara sengaja memberi kucupan kepada ku.. Setelah selesai makan tengahari, kami semua terus pulang ke rumah sahaja... Malam itu, tiada aktiviti dirancang.. Hanya sekadar berehat santai sahaja dirumah.. Aku segera membuang surat dari sekolah mengenai hukuman rotan itu.. Dan aku juga merayu kepada abangku supaya merahsiakan nya dan merahsiakan kejadian di Lapangan Terbang tadi.. Abang aku sekadar tersenyum sahaja.. Mungkin dia bersa lucu akan gelagat ku yang merayu-rayu kepadanya.. "Iya lah, nanti abang diam-diam la" perli abangku.. Aku gembira apabila dia berkata begitu.. Jam sudah menunjukkan pukul 10malam.. Masih lagi awal bagiku, namun, aku sengaja mahu masuk ke bilik awal.. Aku meminta izin kedua orang tua ku untuk masuk tidur.. "Hafiz! awal lagi ni.. biasa dok tidoq lewat ja.." tegur bapa ku.. "Orang mengantuk la pulak.. tak pa lah, masuk dulu.. Bye" aku sekadar menjawab ringkas.. Tujuan utamaku selain dari mahu bersendirian ialah mahu menghubungi Dia.. Masuk saaja kebilik, aku terus mencapai handphone ku.. Apabila aku mahu sahaja menekan butang kekunci, tiba-tiba, handphone ku berbunyi "kring!! kring!! kring!!" tertera nama Aisyah di situ.. "Hafiz!!! berita baik... Dia dah balik.. Dia dah call aku.. Dia pesan kat aku suruh kau call Dia balik.. Cepat Hafiz.. Peluang ni.." Aisyah bercakap tanpa henti.. Aku tergamam seketika.. "Syah, rileks okay.. Kenapa kau yang exited...? haha.. Rileks babe.." aku menenangkan Aisyah.. "Sorry Hafiz, aku terover exited... Maklumlah, dah lama ta jumpa Dia.. Hmm.. Hafiz, aku ada tanya Dia pasal kau.." terang Aisyah.. "Pasal aku? pasal apa?" soal ku pula.. "Macam ni.. Aku ada tanya Dia, sekarang ni Dia masih cintakan kau ke tak.." cerita Aisyah.. "Dia jawab apa?" tanya ku ringkas.. "Dia kata, Dia masih sayangkan kau.. dan Dia meyesal sebab tinggalkan kau dulu tanpa sebab.. Sekarang, Dia dah balik, semata-ata untuk kau.." terang Aisyah panjang lebar.. "Dia jujur ke? Dia ikhlas ke?" soal ku.. "Hafiz, I'm not the right person to answer this question.. Just ask her self okay.." Nada Aisyah agak tinggi.. "Ye la.. Nanti aku call Dia.. Okay, bye.." aku mematikan perbualan.. "Apa aku nak buat ni? nak call ke tak, nak call ke tak" tanya ku sendiri.. "Call je la.." aku membuat keputusan.. "Kring!! kring!! kring!!" tertera nama Muaz pula kali ini.. Ahh! kacau daun betul Muaz ni.. "Hello, ada apa?" tanya ku.. "Hahaha... Saja call.. kan lama tak borak dengan kau.." Muaz bergurau denganku.. "Wei, aku nak ada hal la.. Nanti la borak.. okay?" aku sengaja mencari alasan.. "Eleh dah lupa memberkan..? tak apa la.. Okay,.. Bye" Muaz mematikan perbualan.. "Fuhh.. Nasib baik alasan kukuh" kata ku.. Sekali lagi aku mahu menekan digit nombor si Dia, dan sekali lagi handphone ku berbunyi.. "Kring!! Kring!! Kring!!" kali ini tertera nama Farhan.. "Ya Tuhan, apa kena semua orang caring sangat dengan aku ni.." bentak ku seorang diri.. "Ha, kenapa paan call aku malam-malam ni..?" tanya ku.. "Pis, jom hang out.. Malam ni ada game.. RXZ open RM150.. Jom la.." Farhan mempelawa ku.. "Sory la geng.. Aku parents aku baru balik.. Tak kan nak keluar kot.. Lain kali la.. Okay, Bye" aku segera mematikan perbualan.. Kali ini aku nekad.. Siapa pun telefon, aku tak akan angkat.. Tengok la.. Perlahan-lahan aku menekan digit nombor telefon si Dia.. Kali ini, tiada apa yang menganggu aku lagi.. "Hello!!" suara wanita kedengaran.. "Hello.. emm, ni Hafiz.. awak ke tu?" tanyaku malu-malu.. "Hafiz!! oh God.. Thanks sebab sudi call saya.. Awak dah makan?" soal Dia.. "Emm.. saya dah makan.. baru je.. Awak dah makan?" soal ku balik.. "Yup.. saya dah makan.. Saya makan banyak tadi.. Makan makanan melayu dekat Wangsa Maju tadi.. Best tau awak.. Saya makan ikan bakar, saya makan sayur kangkung goreng belacan, air asam, udang goreng,air bandung.. Macam-macam lagilah awak" terang Dia panjang lebar.. Aku sekadar tergamam.. Memang tak ubah seperti dulu, cara percakapanya sama dahulu.. Suara ini lah yang sering membuat siangku umpama tiada matahari dan malam ku tanpa bintang.. Suara inilah yang sering menjadi peneman ku di kala aku kesepian.. Suara inilah yang selalu menjadi perangsang semangat ku di kala aku jatuh.. Namun, suara inilah juga yang pernah menghantui diri aku dan membuat hidupku tak keruan.. "Hafiz!! are you still there?" tegur Dia.. "Oh, yes.. I'm still listening you.." jawabku kelam kabut.. "Tapi, awak macam tak suka je borak dengan saya?" soal Dia lagi.. "Eh, tak ada la.. saya suka dengar awak bercerita.. Macam dulu.. saya rindu sangat.." aku sendiri tidak menjangkakan bahawa ayat sedemikian boleh terkeluar dari mulut ku.. "Awak rindukan saya? Hafiz.. sebenarnya, saya cukup kesal sebab tinggalkan awak dan melarikan diri ke luar negara.. I'm sorry.." nada suaranya sayu.. "Stop blaming yourself.. I know, it must be have reason why you do this thing.." aku memujuknya.. "Can we be together like we have done past?"...........


bersambung................................



0 comments: