BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 3, 2010

Siri Keempatbelas- Bilik Disiplin

Orang yang aku lihat mencengkam leher aku itu ialah cikgu disiplin, cikgu Yuzi.. Aku tergamam seketika.. Cikgu Hasnol pula memegang baju Farhan dan Izzat Nadzmi dipegan oleh beberpa orang pengawas.. "Apahal ni, nak jadi samseng!!" teking Puan Umi yang baru sahaj tiba.. Kami bertiga sekadar berdiam dir sahaja.. "Bawak diaorang ke bilik didsiplin.. SEKARANG!!" arah Puan Umi.. Pada ketika itu, Izzat sudah kelihatan tidak bermaya.. Mungkin kemarahanya sudah reda sidikit ditambah pula dengan tumbukan dari Farhan yang bertubi-tubi menuju kemukanya.. Farhan juga kelihatan kaku apabila dibawa ke bilik disiplin.. Aku pula segera bangun dan membetulkan baju yang sudah terkeluar.. Para pengawas mengiringi kami sewaktu perjalanan ke bilik didiplin sambil di awasi oleh guru-guru disiplin lain.. Pada ketika itu, para pelajar lain mulai bersurai apabila Puan Umi menghalau mereka.. Dalam banyak-banyak mata yang memandang kejadian tadi, aku ternampak satu kelibat perempuan yang sangat aku kenali.. Rupanya, Dia (awek koir) turut melihat kejadian tadi.. Aku sekadr memalingkan wajah ke arah lain apabila ternampak Dia.. Perasaan aku ketika itu sungguh malu.. Tak pasal-pasal, cerita pergaduhan ni jadi berita hangat di sekolah.. "Nak jadi apa ha? Hebat sangat ke?" Tengking Puan Umi sebaik sahaja kami bertiga masuk ke bilik disiplin.. "Ingat sekolah ni bapak kamu punya.. ingat tak ada peraturan.. ha?" herdik Puan Umi.. Ketika itu, aku lihat Farhan mengangkat wajahnya kearah Puan Umi.. Farhan memang begitu, dia tidak boleh langsung  orang menyentuh atau bercerita tentang keluarganya, apatah lagi kalau orang mengherdiknya.. Aku sekadar memberi insyarat mulut supaya Farhan bertenang dan jangan buat kecoh.. Aku tak mahu perkara ini bertambah rumit.. Cukup lah sekadar kejadian ini berlaku diluar dan jangalah berterusan di bilik didiplin pula.. Izzat pula mengambil tisu yang diberi oleh Cikgu Yuzi dan mengesat darah dihidung nya akibat dari tumbukan Farhan.. "Kenap bergaduh sampai bawak-bawak kayu hoki ni? apa masalah nye? besar sangat ke kepala kamu tu.." Puan Umi sekali lagi mengherdik kami.. "bagitahu saya, kenapa boleh jadi sampai macam ni.." desak Puan Umi..  Aku tidak menjawab sepatah pun dan Farhan juga turut berdiam diri.. "Saya yang salah cikgu, saya yang serang diaorang.." Izzat bersuara.. Aku dan Farhan terkejut dengan jawapan ringkasnya.. "Dia mengaku salah? biar betul!!" kataku dalam hati sambil memandang wajah Farhan.. Farhan turut memandang ku.. Kami berdua bagaukan tidak percaya Izzat boleh mengaku kesalahanya.. Manusia selalunya jarang untuk mengaku kelemahan dan kesalahan diri, tapi Izzat dengan tenang telah mengakuinya.. "Jadi, apa puncanya sampai awak mengamuk sampai bawa kayu hoki tadi?" Tanya Puan Umi.. "Cinta cikgu," jawab Izzat selamba.. Cikgu Hasanol dan Cikgu Yuzi ketawa kecil.. Puan Umi juga seperti mahu ketawa tapi beliau segera menukar topik.. "Cinta? sampai bawa kayu pukul orang.. Ingat ni dalam filem ke apa" Puan Umi sempat bergurau.. Aku dan Farhan tersenyum ketika itu.. Izzat juga turut tersenyum.. "awak bertiga akan dihukum.. Atas kesalahan bergaduh didalam sekolah.. Awak bertiga akan digantung sekolah selama 3 minggu.." terang Puan Umi.. "HA!!" sahut Aku,Farhan dan Izzat serentak.. "Walaubagaimanapun, awak bertiga dilepaskan dari hukuman tu.. Sebab Izzat mengaku ini semua berpunca dari dia" terang Puan Umi lagi.. Kami bertiga lega sedikit apabila mendengar keputusan Puan Umi.. "Tapi, awak bertiga dikenakan hukuman rotan di depan para pelajar dalam perhimpunan tergempar esok pagi.. Jangan tak datang.." Puan Umi memberi amaran.. Aku terkedu apabila mendegar hukuman rotan di depan para pelajar esok pagi.. "Baik Puan Umi!!" jawab kami serentak.. "Sudah, pergi balik rumah.. Jangan buat hal lagi dan jangan lupa datang esok!!" Puan Umi mengingat kan kami sekali lagi.. Sewaktu keluar dari bilik disiplin, "Izzat!! terima kasih.." Aku menegur sambil memegang bahunya.. Izzat sekadar tersenyum.. "Aku mintak maaf pis pasal terdebik muka kau.." Izzat pula meminta maaf.. aku melemparkan senyuman ke arahnya tanda aku memaafkan perbuatanya.. Farhan pula menghulurkan tangan kepada Izzat, "Aku pun mintak maaf pasal terdebik muka kau banyak kali.. Maafkan aku Zat.." Farhan meminta maaf.. Izzat tersenyum, "tak apa.. kira fair la.. aku kan ada terbantai belakang kau dengan kayu tadi.." ujar Izzat.. dan kami bertiga ketawa bersama-sama.. Namun, di sebalik ketawa aku, aku masih lagi risau dengan keadaan Naeem. Mungkinkah Izzat dapat memaafkan dia? ataupun mungkin Izzat masih lagi menyimapan dendam?..  Malam itu, Naeem menghantar SMS kepadaku.. "Macam mana pis, dah selesai ke? kau kena hukuman apa?" tanya naeem.. "Kitaorang terlepas hukuman gantung sebab Izzat mengaku bersalah.. Tapi tetap kena hukum rotan di khayalak ramai esok time perhimpunan tergempar" jawab ku.. "Aku minta maaf pis, pasal aku, kau dengan Paan pula kena tanggung." Nada kesal dari Naeem.. "Aku tak kisah, aku dah maafkan dah.. Tapi kalau paan tu, pandai-pandai la kau pujuk.." aku mengusik Naeem.. Keesokan paginya, aku seperti biasa bersiap-siap untuk kesekolah.. Namun, hati aku rasa tak tenteram.. Maklum la, orang dah buat salah.. Lagipun, hari ni, aku akan dijatuhi hukuman di hadapan khayalak ramai.. Sampai sahaja di sekolah, pengumuman perhimpunan tergempar di umumkan.. "Diminta semua guru dan pelajar SMK Seri Gombak berkumpul di dataran Bestari sekarang juga" arahan diberikan guru melalui speaker announcement.. Pengetua, Puan Rahimah Omar memberi sepatah dua kata mengenai perhimpunan tergempar.. "Ini sebagai pengajaran kepada para pelajar yang lain.. Jangan contohi perangai-perangai mereka dan jika kamu masih lagi ingin jadi seperti mereka.. Ini akibatnya.." nada Puan Rahimah agak keras.. "Norhafizuddin, Ahmad Farhan, dan Izzat Nadzmi" nama kami bertiga dipanggil..


bersambung...................







0 comments: