BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 2, 2010

Siri Keduabelas- Jerat Pertama Mengena

Naeem memulakan langkah pertama.. Naeem memilih seorang pelajar yang baru bertukar masuk ke sekolah ku, Nur Ezzaty Abd Nasir namanya.. Ezzaty mempunyai wajah iras-iras wanita berbangsa cina.. Oleh itu, tak hairanlah kalau ramai yang jatuh cinta dengan nya.. Sewaktu Naeem memilih Ezzaty, aku telah bertanya kepadanya beberapa soalan, "Kau serius berani Naeem? Kau kan tau yang Izzat pun suka dekat dia.. Aku nak kau  fikir masak-masak ni.." desak ku.. "Aku berani la.. kau ingat aku apa? penakut macam Muaz.. haha.." Naeem menjawab sambil mencebik bibir ke arah Muaz.. Muaz memandangnya, "aku cuak Izzat bantai kau je nanti.. Mencicir kau nanti Naeem" ujar Muaz.. "Hei, who cares man? Apa besar sangat Izzat tu? kau rasa macam mana paan?" Naeem seperti berlagak sombong.. "Kalau kau berani, kau on.. Tapi kalau dah gaduh, jangan mintak backup.. pecah pale kau kejap lagi" Farhan memberi amaran.. "Okay la.. Ingat aku takut sangat ke.. Izzat tu aku dah kenal lama la.. Dia bukan jenis panas baran orangya, aku kenal dia lama dah" jelas Naeem.. Aku dan Muaz sekadar memerhatikan sahaja lagak Naeem.. Naeem memulakan langkah ergi ke arah Ezzaty.. Mereka berborak agak lama.. Dan tak lama kemudian, Naeem datang ke arah aku sambil tersenyum.. "Yeah man,!! I got it.. Yahoo!!" Naeem ketawa berdekah-dekah.. "Aku bagi kau masa Sebulan untuk buat dia jatuh cinta dengan kau. Kalau tak dapat, siap kau.." Farhan memberi amaran sekali lagi.. Mulai hari itu, Naeem jarang duduk lepak bersama kami semua.. Dia kerap bersama Ezzaty di mana sahaja.. Di kelas, waktu rehat, masa belajar dan waktu balik, Naeem sentiasa bersama dengan Ezzaty.. "trut!! trut!! trut!!" bunyi SMS masuk di handphone ku.. "Aku berjaya pis, dia dah lentok.. Habis bulan ni kau tengok la.. haha!! sediakan duit kemenangan aku" bunyi ayat SMS dari Naeem.. Aku hanya menggarukan kepala sahaja habis selesai membaca mesej itu.. Sebulan berlalu, kini tiba harinya untuk Naeem melakukan sesuatu yang telah lama dirancang nya.. Naeem mengajak Ezzaty supaya berjumpanya di pondok belakang sekolah selepas tamat waktu persekolahan.. Aku,Muaz dan Farhan hanya menunggu di belakang blok sambil mengawasi mereka dari jauh.. Naeem berborak rancak dengan Ezzaty sehingga mereka berdua ketawa berbahak-bahak.. Naeem memberi insyarat kepada kami supaya memulakan rancangan..  Kami semua duduk di pondok berkenaan.. Ezzaty kelihatan bingung dengan kehadiran kami semua secara tiba-tiba.. "ehh? kenapa ramai-ramai ni?" soal Ezzaty kebingungan.. Aku,Farhan dan Muaz hanya sekadar memandang sahaja.. Hal selebihnya kami serahkan kepada Naeem untuk memulakanya.. "Actually, Naeem ada something nak cakap pasal our relationship ni.." Naeem memulakan ayat.. "Apa dia Naeem..? nervous pula nak dengar.. hahaha.." Ezzaty sempat bergurau.. "Okaylah, cakap banyak pun tak guna, masa pun habis macam tu je.. sebenarnya.. Naeem nak putuskan hubungan ni.. Hubungan kita tak sampai keman pun zaty.." Naeem mula berterus terang.. "Hah! apa dia? Zaty salah dengar ke ni?" Ezzaty mula terpinga-pinga.. "Naeem sebenarnya dari mula memang tak pernah ada sedetik pun ada perasaan kat zaty.. Selama ni Naeem just berlakon je.. kan geng? haha" Naeem memandang kami.. Farhan sudah mula tergelak dan Muaz sekadar tersenyum.. Aku pula tidak tahu hendak membuat riak wajah seperti apa ketika itu.. Aku sekadar mengalih pandangan ke arah pelajar-pelajar lain yang lalu lalang.. "Zaty, sebenarnya, Naeem just nak main-main je dengan kau.. Ni semua permainan kami.. hahaha!!" ujar Farhan selamba.."Kau ingat, aku suka dengan kau ke? mati hidup balik pun tak mungkin la.. haha.." Naeem ketawa besar dan menerpuk bahuku supaya turut ketawa bersama.. Aku sekadar tersenyum sinis sahaja.. Tiba-tiba, air mata Ezzaty mula berlinangan.. Dan ketika itu, aku teringat kembali semasa dulu juga aku pernah alami situasi begini.. "Zaty tak sangka Naeem sanggup tipu Zaty.." suara Ezzaty mulai tersekat-sekat.. "Itulah Zaty, lumrah hidup.. Kita akan buat apa sahaja untuk duit.. haha.. lain kali jangan mudah percaya orang.. ahaha!!" Naeem ketawa besar.. Muaz dan Farhan turut ketawa.. Wajah ku seperti tidak menggambarkan apa-apa.. Aku sekali lagi mengalih pandangan ke tempat lain.. "Nah bro, duit lu.. haiya!! terbang juga duit gua.. ahha" Farhan menyerahkan 2 keping not RM50 kepada Naeem.. Naeem terus menyambung ketawanya.. "PANG!!!" bunyi satu das penampar dari Ezzaty menyinggah ke muka Naeem.. Habis bertebangan helaian duit-duit itu.. "It's over!!! I hate u!!" jerit Ezzaty.. Dan Ezzaty pun berlari menuju kearah gate depan.. "hahaha!!! Mat Jambu kena penampar.. haha" Muaz dan Farhan ketawa.. "huh, everything for money bro.. haha..." jawab Naeem.. Aku segera mengajak mereka pulang.. "eh, rileks dulu.. Jom celebrate our first success mission.. haha.." ajak Naeem.. Naeem belanja kami semua minum di kantin..  "Bodoh punya perempuan, boleh dia percaya dengan aku.. haha... Kau tak rasa dia bodoh ke pis? hahaha" Naeem mengutuk Ezzaty lagi.. "Itulah, orang bercinta, dia pun nak bercinta, tengok.. kan dah kena tipu dengan Mat Jambu.. hahaha" ujar Farhan disambut dengan hilai tawa Muaz dan Naeem .. Aku terbayang kembali bagaimana peritnya hati dilukai suatu ketika dahulu.. Tiba-tiba "HOI Bangsat!!!!!!"


bersambung....................



0 comments: