BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 7, 2010

Siri Keenambelas- Perginya Insan Bergelar Rakan

aku terkejut sebaik mendengar ujaran Izzati.. "Zaty, zaty tunggu dekat hospital, hafiz datang sekarang juga" terang ku.. Aku menyalin pakaian ku dan turun kebawah.. Aku segera mencari abang ku.. "Bang, hafiz tak ikut la pi makan, kawan hafiz masuk hospital.. Nanti abang keluaq makan dengan kak je la.." terang ku pantas.. Aku segera menhidupkan motorku.. Abang aku seakan terpinga-pinga kerana tingkah laku ku cukup pantas... Dia sekadar memandang ku dari jauh.. Aku menunggang motisak agak laju.. Sewaktu aku hampir sampai di persimpangan jalan, lampu insyarat trafik sudah mulai bertukar merah.. Mujur aku sempat menekan brek.. Kalau tidak, aku sendiri menempah maut.. Apabila lampu insyarat mulai bertukar warna hijau, aku segera memecut laju.. Sampai sahaja di perkarangan hospital, aku lihat ramai kawan-kawan Izzat keluar dari dalam bangunan hospital.. Sebelum masuk ke dalam bangunan hospital, aku sempat menelefon Muaz supaya dia memaklum kan kepada rakan-rakan yang lain.. Muaz juga terkejut dengan berita itu.. Selepas menamatkan perbualan, aku segera masuk ke dalam bangunan hospital.. Di dalam, aku segera bertanyakan pada Nurse yang bertugas.. "Kak, tumpang tanya, ada tak pesakit nama Izzat Nadzmi masuk hospital ni" tanya ku.. "Ada dik, tapi maaf la, keadaanya tenat, doktor dah cuba sebaik mungkin, tapi.." tiba-tiba nurse tersebut berhenti bersuara.. Aku faham dengan ayatnya.. "Biliknya di mana?" soal ku.. "619" jawabnya ringkas.. Aku segera bergegas sehingga terlupa mengucapkan terima kasih.. "Hafiz!! sini" seseorang memanggil namaku.. Rupanya Izzati yang memanggil namaku.. Aku bergegas ke arahnya.. "Macam mana Zaty?" tanya ku untuk kepastian.. Air muka Izzati mula bertukar suram, perlahan-lahan air matanya menitis.. Aku segera menarik tanganya untuk duduk di kerusi berhampiran.. "Zaty, jangan menangis, bagitahu hafiz hal yang sebenar.." pujuk ku.. "Izzat pada mulanya pengsan.. Lepas cikgu bawa dia ke bilik rawatan.. Tiba-tiba, nadi dia berhenti.." terang Izzati sambil teresak-esak.. Aku sekadar mengeluh.."Hafiz okay ke?" tanya Izzati.. "Tak apa zaty, hafiz okay.. mana bilik Izzat?" tanya ku pula.. Izzati menunjukkan arah bilik di hujung sudut hospital.. "Zaty balik dulu ye.." Izzati mahu beransur pulang.. Aku sekadar tersenyum kearahnya.. Di dalam bilik, aku lihat, ibu bapa Izzat sedang duduk bersebelahan jenazah Izzat yang berselimut rapi.. Ibu dan kakaknya menangis di sisi jenazah.. Ayahnya pula berdiri menghadap ke luar tingkap.. Aku faham, bukan mudah untuk menerima kenyataan bahawa kita sudah kehilangan orang yang kita seyangi selamanya.. "Pakcik, saya kawan Izzat.." tegur ku.. Ayah Izzat berpaling ke arah ku dan bersalam dengaku.. Wajahnya kelihatan tenang, namun aku tahu, jauh disudut hatinya, dia meratapi kehilangan satu-satunya anak lelaki dalam keluarganya.. Kemudian, aku lihat, ibu Izzat memandang ke arah ku.. Aku segera menghulurkan tangan kepadanya.. Ibu Izzat menyambut salam ku.. Di muka pintu, aku lihat, Muaz,Amrullah dan Farhan sudah berdiri tercegat disitu.. Mungkin mereka baru sampai.. Ayah Izzat kemudianya memegang bahu isterinya tanda untuk memberi peluang kepada kawan-kawan Izzat yang lain untuk menziarahi jenazah Izzat.. Mereka bertiga keluar dari bilik tersebut.. Muaz, Amrullah dan Farhan kemudianya masuk perlahan-lahan dan berdiri di sebelah katil jenazah.. Muaz kemudianya menurunkan sedikit demi sedikit selimut yang menutupi wajah Izzat.. Menitis air mataku apabila melihat wajah Izzat yang terbaring kaku.. Farhan menekup mukanya di bahu Amrullah kerana tidak tahan sebak meliha wajah Izzat.. Amrullah kemudianya menenangkan Farhan, "Sudah la paan, dah lumrah hidup.. Yang datang pasti pergi" Amrullah cuba memujuk Farhan.. Muaz kemudianya menyapu wajah jenazah Izzat tanda kali terakhir dia bertemu denganya.. Aku segera menutup kembali kain selimut yang menutupi wajah Izzat.. Amrullah kemudianya mengajak kami semua supaya beredar dari bilik tersebut..Aku mengesat air mata ku dan memandang ke arah rakan-rakan ku yang lain.. "Dah la kawan-kawan, jom la kita beransur.. Tak baik kita meratapi orang yang dah pergi" ujar Amrullah.. Pada ketika itu, aku sangat menghormati Amrullah.. Dalam keadaan kami semua kehilangan kawan baik, dia masih lagi boleh bertenang dan tidak sedikit pun mengalirkan air mata.. Dia seolah-olah redha akan pemergian kawan karibnya.. Sampai sahaja di perkarangan luar hospital, aku lihat Ezzaty dan Akim (abang Ezzaty) tiba.. Akim segera bersalaman dengan kami.. Ezzaty pula mengalihkan pandanganya ke tempat lain.. Aku tahu, dia sememangnya marah dengan tindakkan kami yang mempermainkan perasaanya.. Aku faham, siapa yang tidak marah kalau hati dan persaan sendiri dipermainkan orang lain.. Beberapa detik kemudian, Naeem tiba... Dia datang berseorangan tanpa teman.. Tiba-tiba, Akim memaling wajahnya kepada Naeem.. "Owh, ini la orang yang tak pernah fikir perasaan orang lain.. Tak guna la belajar pandai-pandai kalau perangai macam **** " Akim mengherdik Naeem.. Kami semua terkedu apabila Akim memaki hamun Naeem.. Mungkin itulah perasaan seorang abang apabila adiknya disakiti..  Naeem sekadar mendiamkan diri.. "Apahal tak jawab? aku dengar, bukan main sedap mulut kau mengata dekat adik aku hari tu!!" tengkin Akim.. Naeem sekali lagi mendiamkan diri.. Aku memangang bahu Akim supaya dia bertenang.. "Aku bukan apa pis, dia tak layak la nak ziarah Izzat.. Dia punca semua ni.. Berambus kau!!!" jerit Akim sekali lagi.. "Okay, releks.. Aku bawa dia balik.. Kau masuk dengan Ezzaty ziarah Izzat.." Aku memberi cadangan.. "Jangan aku nampak muka kau lagi Naeem, kalau tak, siap kau.. Jom dik!" Akim memberi amaran dan masuk ke dalam bangunan hospital.. Aku mengajak Naeem pulang.. Aku tahu, Naeem pasti terkilan sebab tak dapat nak lihat wajah Izzat buat kali terakhir.. Apa kan daya, kalau Naeem berkeras juga, mungkin berlaku pergaduhan sekali lagi.. Akhirnya, kami semua pulang ke rumah masing-masing.. Seminggu berlalu, pemergian Izzat masih terasa.. Namun, jiwa Naeem lebih terseksa.. Semua pelajar terutamanya rakan-rakan sekelas arwah Izzat, menyalahkan Naeem.. Aku juga turut tak terlepas dari terkena tempias tuduhan itu.. Namun, tuduhan keatas aku, tidaklah sehebat tuduhan keatas Naeem.. Pernah suatu hari, Naeem pernah digertak oleh pelajar-pelajar yang tidak puas hati denganya.. Mujur ketika itu Farhan bersamanya, jadi tiada sebarang pergaduhan berlaku.. Aku pun tak tahu, bila lah agaknya perkara ini akan selesai.. Ya Tuhan, ampunkan lah dosa Budak Setan ini..



0 comments: