Sememangnya, ganjil bagi aku... melangkah ke tingkatan 4.. Selepas melayari nikmat keindahan di alam persekolahan tingkatan 3. Tidak dinafikan, sewaktu aku berada di tingkatan 3...
Aku banyak mempelajari erti kehidupan seorang remaja.. Aku belajar erti semangat setia kawan.
Kerjasama antara kumpulan dan erti hidup dengan rakan. Aku masih mentah ketika itu, dan kerana itu aku menimba pengalaman dengan kawan-kawan seangkatan aku.. Antara kawan-kawan aku ialah, Ridzuan, Suhaimi, Muaz, Amrullah, Naqib, Syafiq, dan ramai lagi.. Aku merasakan merekalah kawan-kawan ku dunia akhirat sehinggakan sewaktu ketika, aku merasakan bahawa syurga duniaku berada disekolah dan bukanya dirumah.. aku keliru dengan persepsi itu... mungkin kerana aku terlena hanyut dengan keindahan alam persekolahan.. Di suatu pagi yang hening, seorang budak berkaca mata, berbadan besar, berambut panjang dibelakang dan tinggi orangnya melangkah masuk perkarangan sekolah dengan hati yang resah. "Mampukah aku teruskan kehidupan di aras tingkatan 4 ini?" Aku resah kerana ini kali pertama aku berpisah dengan rakan-rakan baik ku.. Mujur salah seorang kawan baikku, Muaz Mansor, turut terpilih memasuki kelas bersamaku iaitu 4Efisien. Jadi, hilanglah sedikit degup resah di hatiku..
bersambung........................
Monday, November 15, 2010
Siri Pertama- Melangkah Tahap ke-4
Posted by Muhd Amran Haji Ismail at 3:59 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment