BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, November 19, 2010

Siri Keempat- Hadiah atau "Gift"??

"hoi pis, kau usha sapa tu? kau usha budak kelas aku an.. kau minat kat dia ekk?? hahaha.....
!!!"
Aku yang terkejut dengan teguran itu lantas berpaling ke arah Wan lalu berkata, "kau gila? aku dh la malas nak cinta2 ni.. buat sakit kepala je.." sebenarnya, aku sendiri tidak yakin dengan kata-kata yang aku ucapkan kepada wan. Aku sememangnya takut hendak bercinta, aku takut ditinggalkan dan aku takut orang yang aku cintai itu dimiliki orang lain.. Hati aku kosong, dan aku memerlukan seseorang untuk mengisi kekosongan itu.. Wan berkata lagi, "boleh percaya ke? aku tau kau takut bercinta, tapi bukan semua perempuan macam EX kau tu.. kau nak aku tolong cakap kat dia? ataupun kau nak aku bagitau dia yang kau nak jumpa dia? amacam?".. Aku berfikir sejenak, ada betul juga kata wan ini.. bukan semua perempuan sama.. ada yang jenis "gold digger" .. ada yang jenis gedik-gedik, ada yang jenis pemalu dan ada yang jenis ayu.. emm,... aku keliru dan buntu untuk mentafsirkan perasaan aku.. Aku suka kan dia, tapi aku takut cinta aku tak berbalas... Akhirnya wan membri cadangan "Apa kata kalau kau beli hadiah dan bagi kat dia.. ni peluang kau untuk kau jumpa dengan dia.. lepas tu mintakla nombor telefon.. macam tak biasa pulak.. ok?" Aku masih lagi membisu... dan selang beberapa ketika, aku memberi persetujuan dengan idea yang diberi Wan.. Wan tersenyum bangga kerana aku menerima idea bernasnya.. Jam sudah menunjukan tepat pukul 2ptg, ini bermakna sesi latihan koir sudah berakhir... aku tergesa-gesa keluar dari makmal komputer dan menerpa ke arah kasut ku.. aku memakai kasut dengan begitu pantas tanpa menunggu rakan-rakan ku yang lain.. Aku segera beredar dari perkarangan sekolah... Di dalam fikiran ku "Apa yang harus aku beli ya? hadiah yang romantik atau sekadar cenderamata?" Aku kusut ketika itu... Setelah sampai dirumah.. Aku terus mandi dan makan.. Kemudian, aku keluar ke kedai cendaramata berhampiran rumah ku untuk memilih hadiah yang sesuai... Tanpa aku sangka, aku terjumpa.........



bersambung........................






0 comments: