Tiba-tiba, aku terjumpa bekas kekasih ku yang dahulu... Aku terkedu apabila terlihat kelibatnya... "Wajah inilah yang pernah menyemai benih cinta dulu dan wajah ini juga yang memberi parut dihati ku" Aku memerhatikan pergerakkanya dari jauh, aku rasa dia masih tidak perasaan akan kehadiran ku kerana dia sedang leka memilih barangan yang hendak dibeli.. Pada mulanya, aku berniat hendak membatalkan hasrat ku untuk membeli cenderamata dikedai itu.. Tapi, aku berfikir, "Mengapa harus aku kenang kisah yang dulu, sedangkan depan mataku, masih ramai lagi wanita yang setia" Aku memberanikan diri masuk ke kedai itu.. Aku berpura-pura tidak nampak akan kelibat bekas kekasih ku.. Aku terus membelek segala jenis cenderamata di kedai itu.. Aku hendak memilih yang berkaitan dengan hati dan perasaan.. Beberapa detik kemudian, bekas kekasih ku perasan akan kehadiran ku di kedai itu.. Dia segera meluru kearah ku dan menepuk bahu ku.. "hai, beli hadiah ke? untuk siapa? Kekasih baru ya.. hahaha..." Aku memang sudah menjangkakan dia akan menyapa ku... lalu, aku pun berpura-pura terkejut dengan sapaan itu, "ehh? awak.. apa khabar? awak buat apa kat sini..? saya saja je tengok-tengok barang dekat sini.. Mana ada kekasih-kekasih sekarang ini.. haha" Dia seperti mengerlingkan anak matanya kearah ku "Saya sihat, dah ini kedai cenderamata, tentulah hendak beli basikal.. haha.. saya bergurau saja.. Awak bagaimana sekarang? Ambil aliran apa disekolah?" Aku hairan, mengapa dia begitu ramah sekali dengan ku.. sedangkan dia tahu bahawa dia pernah menyakitkan hati aku dulu... "Ohh.. saya ambil aliran sastera akaun.. awak, saya kena cepat ni, nanti ada masa, kita borak panjang-panjang bye.." Aku segera menghentikan perbualan denganya.. Aku tidak mahu bibit cinta tersemai semula.. cukuplah sekali aku disakiti.. Aku memilh cenderamata tanpa memeriksa terlebih dahulu.. Kemudian aku terus ke kaunter dan membayarnya.. Aku melambai tangan kearah bekas kekasihku dan dia juga membalas labaian ku.. Diwajah nya, terukir seribu kemusykilan akan kelakuan ku.. Aku segera pulang ke rumah.. Aku merebahkan tubuh ku diatas katil bilik ku.. Aku terkenang akan peristiwa tadi.. "Ahh!! lupakan saja.. dia bukanya cintakan kau.. jangan kau lupa, dia pernah melukakan hati kau dulu..." Kata hatiku sendiri... Apa yang penting sekarang ialah, aku harus bersedia dengan rancangan aku esok.. Aku harus mengatur dan menyusun ayat apa yang hendak aku katakan esok...
bersambung..........................
Friday, November 19, 2010
Siri Kelima- Cinta Lama?
Posted by Muhd Amran Haji Ismail at 11:54 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment