Gugup memang terkata, namun Aku tetap melangkah masuk ke kelas dengan hati yang terbuka, kerana ditemani salah seorang kawan baikku.. Setelah selesai memilih tempat duduk yang sesuai.. Para pelajar menanti kehadiran guru kelas.. Semamangnya ramai muka yang jarang kelihatan sebelum-sebelum ini, dan ini membuatkan Aku berasa gelisah dan risau "Bagaimanakah aku mampu aku bergaul dengan rakan-rakan baru ini?" Selepas beberapa minit berselang, guru kelas 4Efisien pun masuk ke kelas jagaanya.. Beliau memperkenalkan diri beliau.. "Saya Puan Halimah dan saya merupakan guru kelas 4efisien bagi tahun 2010. Harap dapat beri kerjasama sepanjang tahun pembelajaran kamu semua" Beliau kelihatan seorang yang ramah, tetapi aku tahu, disebalik keramahanya, beliau merupakan seorang guru yang tegas dan berdedikasi.. Tempat duduk ku berhampiran dengan seorang pelajar wanita, Syera Jasmin, sudah lama aku kenalinya tapi jarang bertegur sapa. Pada tahun sebelumnya, dia juga satu kelas dengan ku.. Dia agak cantik juga orangnya, tapi yang paling aku minati ialah sikap dan perangainya yang gila-gila.. Dihadapan tempat duduku pula, ada seorang pelajar lelaki, Naeem Zainuddin, kemas orangnya, berwajah kacak ala-ala artis korea. Namun begitu, dia jenis pendiam orangnya. Sukar untuk ku tafsirkan perangainya. Selepas itu, aku lihat dibahagian hujung tempat duduk belakang, Ahmad Farhan Syahiran, ketua kelas yang telah dipilh oleh rakan-rakan sekelas ku sebentar tadi. Orangnya pendiam dan sedikit "blurr" namun aku tahu, dia seorang yang tekun dalam mengusahakan sesuatu sehingga berjaya.. Di sebelah ku, Muaz Mansor, rakan baik ku dari tingkatan satu hingga sekarang, tidak banyak berubah. Rambut kerinting merupakan penampilan utamanya.. Sekali dipandang tak ubah seperti "Cristiano Ronaldo".
bersambung..........
Tuesday, November 16, 2010
Siri Kedua- Guru & Kawan2 Baru?
Posted by Muhd Amran Haji Ismail at 8:11 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment