hmm entah la... dah hampir 4 bulan aku sekolah dan duduk dalam kelas 4E tu... aku dah mula rapat dengan si Naeem Zainuddin.. Dengan ketua kelas, Ahmad Farhan Syahiran pun sama.. Kalau Muaz Mansor apatah lagi.. Kenal sejak dari form 1... Pergaulan dengan Syera Jasmin dan pelajar-pelajar perempuan lain semakin hari, semakin mesra.. Baguslah.. Aku dah dpt menyuasaikan diri dengn keadaan baru tu.. Bila dh masuk bulan April ni, SMK Seri Gombak ada buat Hari Akedemik sempena Minggu Membaca di sekolah.. Guru bahasa inggeris aku, Pn Norhaslinda memilih aku dan Muaz sebagai wakil dari kelas 4E untuk menyertai kumpulan koir sekolah.. Pada mulanya aku ragu-ragu juga.. Tapi bila dah tengok Muaz semangat semacam je.. Aku pun timbul rasa minat pula.. Kumpalan koir ni telah diarahkan untuk memilih 3 jenis lagu.. Pilih punya pilih, akhirnya, 3 buah lagu berjaya dipilih.. Lagu-lagu tersebut ialah, Gemuruh-Faizal Tahir, Stay The Same- Joey Mclntyre dan Lagu Sekolah.. Memang happening masa latihan.. Masing-masing ada lawak tersendiri.. Sampai teacher koir pun pening di buatnya.. Kami semua buat latihan pada pukul 12.00tgh smpai 2ptg.. Aku dapat rasakan, pada ketika itu, aku dapat belajar serba sedikit tentang erti kehidupan seorang remaja.. Penuh dengan jiwa "gila", gelak ketawa dan kegembiraan.. Namun, tanpa aku sedari, aku juga telah belajar sesuatu yang tidak mungkin aku pelajari dengan guru-guru.. Aku telah belajar mengenali erti CINTA.. Sukar hendak aku percaya, dalam masa sekejapan itu, aku dah mula pandai jatuh cinta... Aku tak faham dengan perasaan ini.. Mungkin aku sekadar berkhayalan atau mainan perasaan?.. Yang pasti, aku telah jatuh cinta dengan dia.. "Dia" (sekadar nama sandaran) bukan dari kelas ku.. Dia juga bukan pelajar asal sekolah aku.. Dia baru bertukar masuk ke sekolah aku pada tahun lepas.. Memang pastilah aku tak pernah nampak Dia.. Aku mula memerhatikan gerak gerinya, cara percakapan nya dan senyumanya.. Tanpa aku sedari, kawan ku, Ridzuan Abd Jalil menegur ku......bersambung...........................
Friday, November 19, 2010
Siri Ketiga- "Dia?"
Posted by Muhd Amran Haji Ismail at 8:45 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment