BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, November 27, 2010

Siri Kelapan- Dunia ini Aku Yang Punya

Bahagia tak terkata, hampir 3 bulan aku mengenali Dia.. Rasa gembira memang tak terkata... Sukar untuk aku tafsirkan dengan kata-kata.. Hampir setiap hari aku sms dengan Dia.. Ada sahaja topik yang dibualkan.. Dari hal semasa hingga ke hal peribadi.. Tiada rahsia antara aku dengan dia... tiada erti penat aku kalau aku dengan dia.. tiada erti jemu kalau aku dengan dia.. tiada erti kasih tanpa aku dengan dia.. Semakin hari, aku semakin sayang dengan dia.. Walaupun dia masih tidak mengerti akan perasan aku.. Tapi aku yakin, suatu hari nanti, aku pasti dapatkan dia... Pernah suatu ketika, aku berangan-angan untuk mengahwini dia apabila dewasa nanti.. Kami juga pernah berangan-angan jika kami mempunyai anak suatu hari nanti.. Aku tahu, dia mungkin beranggapan bahawa itu hanya sekadar gurauan perasaan.. Tapi bagi aku, aku anggap itu suatu doa yang aku harapkan Tuhan makbulkan suatu hari nanti.. Hampir sepanjang hari aku di sekolah, aku sering ceria.. Rakan ketawa aku sudah semestinya Syera Jasmin, Syera mempunyai karakter yang menarik bagi aku.. Walaupun dalam keadaan marah, dia masih lagi boleh ketawa.. Syera juga merupakan orang yang paling rapat dengan ku.. Jadi, segala cerita pahit,manis,suka,duka akan aku ceritakan padanya.. Tak dinafikan, sebelum ini, hati aku juga pernah terdetik nama dia, tapi apa kan daya, waktu demi waktu.. Takdir telah menentukan bahawa aku hanya mampu menjadi salah seorang sahabat baiknya sahaja.. Dia juga pernah dicintai dan dilukai oleh seorang insan yang bernama LELAKI.. Dengan itu, dia lebih mengerti akan kemanisan dan kepahitan cinta.."Hoi!! Mengelamun sekarang kau kan" teguran Ahmad Farhan Syahiran mengejutkan aku.. Perangai Farhan memang begitu.. Dia tidak boleh langsung duduk diam.. Ada sahaja ceritanya.. Farhan orangnya jenis mudah berkawan dan menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.. "Eh!! mana ada.. Aku tengah tunggu cikgu masuk je ni.. Mana cikgu ni ye?" aku sengaja memberi alasan.. "Oh!! mu toksah nak temberang kawe.. Aku tau, sejak dah ada taman di hati ni, jarang kau lepak dengan kitaorang kan? lupa member ke apa ni" farhan seperti menyindir aku.. "Ala, rileks la.. tak kan boleh lupa member kot.. Apa barang taman-taman.. Kita kan Woman Heart Breaker".. Woman Heart Breaker (WHB) merupakan kumpulan yang di anggotai oleh aku, Farhan, Muaz dan Naeem.. Kami sepakat dari awal penubuhan kumpulan ini adalah untuk tidak bercinta.. Hanya sekadar memain kan perasaan perempuan sahaja.. Siapa yang tak patuh pada prinsip kumpulan ni, orang itu akan didenda belanja setiap ahli kumpulan selama dua minggu.. Aku sebenarnya serba salah.. Aku dah terlalu sayang kan Dia.. Tapi, macam mana pula dengan team aku.. Dulu aku juga yang beria-ia nak tubuhkan team ni, sekarang lain pula.. Aku tengok kawan-kawan aku yang lain, semua dah berjaya luka kan hati perempuan.. Tapi aku, aku sebenarnya tak mampu nak sakit kan hati perempuan.. Tujuan utama aku tubuhkan team ni sebab dendam aku dekat kekasih lama.. Aku terlalu dendam sangat.. Hati aku sakit.. Aku dipermainkan dan diperalatkan.. Seluruh jiwa raga aku serahkan.. Tapi yang aku dapat, hanya sekeping nota yang bertulis "Sory darl, we are break, I'm enough with you.. Please don't come and look for me forever!"... Seperti kejutan elektrik.. Aku tak dapat bayangkan wajah aku ketika itu.. Celaru otak aku dibuatnya.. Dia tahu yang aku sayangkan dia.. Aku cuba tenangkan diri aku.. Mungkin ini sekadar gurauan dari dia ataupun kawan-kawan, kerana pada hari tersebut merupakan hari 1st April Fool.. Selepas aku baca nota ringkas itu.. Aku terus ke kelasnya.. "Takda apis, dia dah balik" rakanya memberitahu ku.. Aku tahu, tiada tempat lain yang dia akan pergi selain dari tempat yang kami selalu berjumpa.. Aku bergegas kesana, di dalam minda aku, pelbagai persoalan timbul.. "Oh My God.. Aku harap, ini semua sekadar gurauan semata-mata" Sampai sahaja disitu, aku lihat.............


bersambung...............





0 comments: