BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, November 29, 2010

Siri Kesembilan- Air Mata

Aku lihat, kosong sahaja ditaman tasik itu.. Hanya kelihatan beberapa orang awam sahaja yang sedang bersiar-siar dan duduk di bangku berhampiran taman di situ.. Aku menunggu agak lama disitu kerana, dia biasanya akan duduk di taman itu sehingga lewat petang jika mempunyai masalah.. Aku menuggu dia dari pukul 4ptg-6.30ptg.. Aku terasa penat di dada ku.. Oh ya, aku tidak sempat makan tengahari tadi..  Aku sudah tidak mampu menunggu lagi.. Tak kan nak tunggu sampai Maghrib.. Aku bangkit dan segera menuju ke jalan besar.. "Hafiz!!" aku tersentak.. Nama ku di panggil dan aku kenal benar dengan suara itu.. Aku segera berpaling dan aku lihat dia memandang tepat ke arah ku... "It's that truth? U are joking right?" tanya ku.. Dia kemudian nya berpaling ke arah tasik.. Air matanya menitis perlahan-lahan.. Aku yang ketika itu terkedu melihat dia menangis.. "Can we stop all this.. I'm tired with this.." jeritnya.. "But why? we love each other right?.. Am I do something that hurt your feeling?" tanya ku balik.. "Cukup Hafiz.. Awak lelaki yang paling baik pernah saya kenal.. Tapi, saya rasa, hubungan kita ni tak sampai ke mana..!!" balasnya.. Aku hairan dengan situasi ini.. Kenapa secara tiba-tiba.. Ini bukan dia yang pernah aku kenal dulu.. Dia yang aku kenal dulu seorang yang tenang, penyanyang dan sukar untuk menangis.. "U know that I love U..? kenapa buat saya macam ni?" tanya ku lagi.. "Cukup Hafiz.. Kita tak mampu teuskan.. Iya!! mungkin awak sayang saya.. Tapi sayang saya dekat awak dah hilang.. Awak faham tak..?? !!!" tengkingnya... Aku tergamam.. Selang beberapa minit, Dia pun berlalu pergi.. Aku mengejarkan Dia dari belakang.. Namun, laungan azan Maghrib sudah kedengaran dan ianya menghalang niat ku.. Walau secinta mana pun cinta kita terhadap manusia, tak mungkin ianya mampu membatasi cinta kita terhadap-Nya.. Dia sudah tidak kelihatan.. Dan aku terkapai-kapai di situ.. Tanpa aku sedari, air mata ku menitis setitik demi setitik.. Bukan dengan kehendak ku, tapi persaan yang memaksa air mata itu keluar.. Tiba-tiba, bahu ku ditepuk seseorang.. Muhd Amrullah Mohd Ezanee rupanya.. "Sudah la pis.. Marilah kita bertemu dengan-Nya daripada kita meratap seorang diri.." pujuk Amrullah.. "Maaf kan aku am.. aku tak mampu nak kawal diri" balasku.. "Manusia tak pernah lari dari kesilapan.. Marilah.. Sembahyang pun dah nak mula.." Amrullah mengajak ku.. Aku perlahan-lahan bangun dan memegang bahu Amrullah "Thanks am.. thanks.." ucap ku.. Amrullah sekadar tersenyum sahaja.. Aku masuk beriringan denganya ke dalam Masjid.. Bilal sudah memulakan Qomat.. Amrullah telah masuk ke dalam barisan Saf sembahyang dan aku baru sahaja selesai mengambil Wuduk.. Aku pun membaca niat dan turut serta dalam solat fardhu Maghrib itu.. Selepas selesai solat Maghrib.. Amrullah menegur ku.. "Jom minum kat kedai depan tu.. Aku belanja.. OK?" pelawanya.. Aku ketika itu berasa serba salah.. Tapi Amrullah seperti beria-ia mengajak ku, jadi aku pun mengangguk tanda setuju.. Sampai sahaja di meja makan, Amrullah memanggil pelayan dan memberi pesanan.. "Sudah la pis, mungkin bukan jodoh kau.. Kau bersabar lah.." Amrullah cuba menenagkan aku.. Aku terkejut, bagaimana Amrullah boleh tahu.. "Macam mana kau tau am?? Siapa bagitau..?" aku mengajukan soalan.. Amrullah senyum melihat aku.. "Aku lelaki, kau lelaki.. Lelaki susah nak menangis kalau bukan sebab perempuan" Amrullah tenang menjawab pertanyaan ku.. Aku mengangguk tanda faham.. "Macam ni lah pis, anggap yang kau tak ada jodoh dengan dia.. Aku tau kau sayangkan dia tapi aku rasa dia bukan perempuan yang kau cari.." Amrullah menasihati aku.. Aku berpaling kearahnya "Susah am, bukan senang nak lupakan perempuan, tambah-tambah secra mengejut macam ni.. Mana boleh.." Aku memberi penjelasan.. "Macam mana kalau dia dah tak sayang kau lagi? dah tak cinta kau lagi dan dah tak perlukan kau lagi?" tanya Amrullah bertalu-talu.. Aku diam seketika.. Sukar rasanya untuk aku jawab.. Tiba-tiba, handphone ku berbunyi.. tertera nama Aisyah Abd Razak.. Aisyah merupakan teman rapat Dia.. jadi segala hal mengenai dia, pasti Aisyah akan dapat tahu terlebih dahulu.. Aku mengangkat panggilanya.. "Ha!! kenapa Syah?" tanya ku.. Aisyah membalas "Kau tau DIA berangkat malam ni?" tanya Aisyah.. "Berangkat kemana?" tanya ku.. "Amsterdam,Belanda" jawab Aisyah.. Dan tanpa aku sedari, air mata ku menitis lagi.......


bersambung........


0 comments: