BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, November 29, 2010

Siri Kesembilan- Air Mata

Aku lihat, kosong sahaja ditaman tasik itu.. Hanya kelihatan beberapa orang awam sahaja yang sedang bersiar-siar dan duduk di bangku berhampiran taman di situ.. Aku menunggu agak lama disitu kerana, dia biasanya akan duduk di taman itu sehingga lewat petang jika mempunyai masalah.. Aku menuggu dia dari pukul 4ptg-6.30ptg.. Aku terasa penat di dada ku.. Oh ya, aku tidak sempat makan tengahari tadi..  Aku sudah tidak mampu menunggu lagi.. Tak kan nak tunggu sampai Maghrib.. Aku bangkit dan segera menuju ke jalan besar.. "Hafiz!!" aku tersentak.. Nama ku di panggil dan aku kenal benar dengan suara itu.. Aku segera berpaling dan aku lihat dia memandang tepat ke arah ku... "It's that truth? U are joking right?" tanya ku.. Dia kemudian nya berpaling ke arah tasik.. Air matanya menitis perlahan-lahan.. Aku yang ketika itu terkedu melihat dia menangis.. "Can we stop all this.. I'm tired with this.." jeritnya.. "But why? we love each other right?.. Am I do something that hurt your feeling?" tanya ku balik.. "Cukup Hafiz.. Awak lelaki yang paling baik pernah saya kenal.. Tapi, saya rasa, hubungan kita ni tak sampai ke mana..!!" balasnya.. Aku hairan dengan situasi ini.. Kenapa secara tiba-tiba.. Ini bukan dia yang pernah aku kenal dulu.. Dia yang aku kenal dulu seorang yang tenang, penyanyang dan sukar untuk menangis.. "U know that I love U..? kenapa buat saya macam ni?" tanya ku lagi.. "Cukup Hafiz.. Kita tak mampu teuskan.. Iya!! mungkin awak sayang saya.. Tapi sayang saya dekat awak dah hilang.. Awak faham tak..?? !!!" tengkingnya... Aku tergamam.. Selang beberapa minit, Dia pun berlalu pergi.. Aku mengejarkan Dia dari belakang.. Namun, laungan azan Maghrib sudah kedengaran dan ianya menghalang niat ku.. Walau secinta mana pun cinta kita terhadap manusia, tak mungkin ianya mampu membatasi cinta kita terhadap-Nya.. Dia sudah tidak kelihatan.. Dan aku terkapai-kapai di situ.. Tanpa aku sedari, air mata ku menitis setitik demi setitik.. Bukan dengan kehendak ku, tapi persaan yang memaksa air mata itu keluar.. Tiba-tiba, bahu ku ditepuk seseorang.. Muhd Amrullah Mohd Ezanee rupanya.. "Sudah la pis.. Marilah kita bertemu dengan-Nya daripada kita meratap seorang diri.." pujuk Amrullah.. "Maaf kan aku am.. aku tak mampu nak kawal diri" balasku.. "Manusia tak pernah lari dari kesilapan.. Marilah.. Sembahyang pun dah nak mula.." Amrullah mengajak ku.. Aku perlahan-lahan bangun dan memegang bahu Amrullah "Thanks am.. thanks.." ucap ku.. Amrullah sekadar tersenyum sahaja.. Aku masuk beriringan denganya ke dalam Masjid.. Bilal sudah memulakan Qomat.. Amrullah telah masuk ke dalam barisan Saf sembahyang dan aku baru sahaja selesai mengambil Wuduk.. Aku pun membaca niat dan turut serta dalam solat fardhu Maghrib itu.. Selepas selesai solat Maghrib.. Amrullah menegur ku.. "Jom minum kat kedai depan tu.. Aku belanja.. OK?" pelawanya.. Aku ketika itu berasa serba salah.. Tapi Amrullah seperti beria-ia mengajak ku, jadi aku pun mengangguk tanda setuju.. Sampai sahaja di meja makan, Amrullah memanggil pelayan dan memberi pesanan.. "Sudah la pis, mungkin bukan jodoh kau.. Kau bersabar lah.." Amrullah cuba menenagkan aku.. Aku terkejut, bagaimana Amrullah boleh tahu.. "Macam mana kau tau am?? Siapa bagitau..?" aku mengajukan soalan.. Amrullah senyum melihat aku.. "Aku lelaki, kau lelaki.. Lelaki susah nak menangis kalau bukan sebab perempuan" Amrullah tenang menjawab pertanyaan ku.. Aku mengangguk tanda faham.. "Macam ni lah pis, anggap yang kau tak ada jodoh dengan dia.. Aku tau kau sayangkan dia tapi aku rasa dia bukan perempuan yang kau cari.." Amrullah menasihati aku.. Aku berpaling kearahnya "Susah am, bukan senang nak lupakan perempuan, tambah-tambah secra mengejut macam ni.. Mana boleh.." Aku memberi penjelasan.. "Macam mana kalau dia dah tak sayang kau lagi? dah tak cinta kau lagi dan dah tak perlukan kau lagi?" tanya Amrullah bertalu-talu.. Aku diam seketika.. Sukar rasanya untuk aku jawab.. Tiba-tiba, handphone ku berbunyi.. tertera nama Aisyah Abd Razak.. Aisyah merupakan teman rapat Dia.. jadi segala hal mengenai dia, pasti Aisyah akan dapat tahu terlebih dahulu.. Aku mengangkat panggilanya.. "Ha!! kenapa Syah?" tanya ku.. Aisyah membalas "Kau tau DIA berangkat malam ni?" tanya Aisyah.. "Berangkat kemana?" tanya ku.. "Amsterdam,Belanda" jawab Aisyah.. Dan tanpa aku sedari, air mata ku menitis lagi.......


bersambung........


Saturday, November 27, 2010

Siri Kelapan- Dunia ini Aku Yang Punya

Bahagia tak terkata, hampir 3 bulan aku mengenali Dia.. Rasa gembira memang tak terkata... Sukar untuk aku tafsirkan dengan kata-kata.. Hampir setiap hari aku sms dengan Dia.. Ada sahaja topik yang dibualkan.. Dari hal semasa hingga ke hal peribadi.. Tiada rahsia antara aku dengan dia... tiada erti penat aku kalau aku dengan dia.. tiada erti jemu kalau aku dengan dia.. tiada erti kasih tanpa aku dengan dia.. Semakin hari, aku semakin sayang dengan dia.. Walaupun dia masih tidak mengerti akan perasan aku.. Tapi aku yakin, suatu hari nanti, aku pasti dapatkan dia... Pernah suatu ketika, aku berangan-angan untuk mengahwini dia apabila dewasa nanti.. Kami juga pernah berangan-angan jika kami mempunyai anak suatu hari nanti.. Aku tahu, dia mungkin beranggapan bahawa itu hanya sekadar gurauan perasaan.. Tapi bagi aku, aku anggap itu suatu doa yang aku harapkan Tuhan makbulkan suatu hari nanti.. Hampir sepanjang hari aku di sekolah, aku sering ceria.. Rakan ketawa aku sudah semestinya Syera Jasmin, Syera mempunyai karakter yang menarik bagi aku.. Walaupun dalam keadaan marah, dia masih lagi boleh ketawa.. Syera juga merupakan orang yang paling rapat dengan ku.. Jadi, segala cerita pahit,manis,suka,duka akan aku ceritakan padanya.. Tak dinafikan, sebelum ini, hati aku juga pernah terdetik nama dia, tapi apa kan daya, waktu demi waktu.. Takdir telah menentukan bahawa aku hanya mampu menjadi salah seorang sahabat baiknya sahaja.. Dia juga pernah dicintai dan dilukai oleh seorang insan yang bernama LELAKI.. Dengan itu, dia lebih mengerti akan kemanisan dan kepahitan cinta.."Hoi!! Mengelamun sekarang kau kan" teguran Ahmad Farhan Syahiran mengejutkan aku.. Perangai Farhan memang begitu.. Dia tidak boleh langsung duduk diam.. Ada sahaja ceritanya.. Farhan orangnya jenis mudah berkawan dan menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.. "Eh!! mana ada.. Aku tengah tunggu cikgu masuk je ni.. Mana cikgu ni ye?" aku sengaja memberi alasan.. "Oh!! mu toksah nak temberang kawe.. Aku tau, sejak dah ada taman di hati ni, jarang kau lepak dengan kitaorang kan? lupa member ke apa ni" farhan seperti menyindir aku.. "Ala, rileks la.. tak kan boleh lupa member kot.. Apa barang taman-taman.. Kita kan Woman Heart Breaker".. Woman Heart Breaker (WHB) merupakan kumpulan yang di anggotai oleh aku, Farhan, Muaz dan Naeem.. Kami sepakat dari awal penubuhan kumpulan ini adalah untuk tidak bercinta.. Hanya sekadar memain kan perasaan perempuan sahaja.. Siapa yang tak patuh pada prinsip kumpulan ni, orang itu akan didenda belanja setiap ahli kumpulan selama dua minggu.. Aku sebenarnya serba salah.. Aku dah terlalu sayang kan Dia.. Tapi, macam mana pula dengan team aku.. Dulu aku juga yang beria-ia nak tubuhkan team ni, sekarang lain pula.. Aku tengok kawan-kawan aku yang lain, semua dah berjaya luka kan hati perempuan.. Tapi aku, aku sebenarnya tak mampu nak sakit kan hati perempuan.. Tujuan utama aku tubuhkan team ni sebab dendam aku dekat kekasih lama.. Aku terlalu dendam sangat.. Hati aku sakit.. Aku dipermainkan dan diperalatkan.. Seluruh jiwa raga aku serahkan.. Tapi yang aku dapat, hanya sekeping nota yang bertulis "Sory darl, we are break, I'm enough with you.. Please don't come and look for me forever!"... Seperti kejutan elektrik.. Aku tak dapat bayangkan wajah aku ketika itu.. Celaru otak aku dibuatnya.. Dia tahu yang aku sayangkan dia.. Aku cuba tenangkan diri aku.. Mungkin ini sekadar gurauan dari dia ataupun kawan-kawan, kerana pada hari tersebut merupakan hari 1st April Fool.. Selepas aku baca nota ringkas itu.. Aku terus ke kelasnya.. "Takda apis, dia dah balik" rakanya memberitahu ku.. Aku tahu, tiada tempat lain yang dia akan pergi selain dari tempat yang kami selalu berjumpa.. Aku bergegas kesana, di dalam minda aku, pelbagai persoalan timbul.. "Oh My God.. Aku harap, ini semua sekadar gurauan semata-mata" Sampai sahaja disitu, aku lihat.............


bersambung...............





Thursday, November 25, 2010

Siri Ketujuh- Berjaya atau Tidak??

Aku lihat dia, sedang duduk seorang diri.. Dihujung barisan kerusi kantin.. Aku memang ingin menghapirinya... Namun aku dapat rasakan sesuatu perasaan yang aneh dalam diri aku.. Aku lebih suka memerahatikan dia dari jauh.. Aku suka melihat lirikan mata dan senyumanya.. Sedang aku asyik khusyuk memerhatikan gerak gerinya, "Hoi!!!"aku disergah dari belakang.. Aku yang terkejut terus berpaling ke belakang.. Ohh, Hidayah rupanya, Hidayah merupakan teman baru ku.. Dia baru beada di tingkatan 3.. Budak PMR la katakan.. Hidayah menyapa ku, "Hei budak 16tahun, mengintai awek ye? haha...." Aku yang ketika itu terpinga-pinga segera menjawab "Eh? budak 15tahun rupanya.. Terkejut orang.. Mana ada intai-intai, tengok2 je.." Kemudian Hidayah ketawa.. Ketawanya yang kuat membuatkan seluruh warga sekolah yang berada di kantin memerhatikan kami.. Aku segera menariknya ke pondok berhampiran, aku menegurnya, "Hei, tak malu ke? orang semua tengok daya gelak.. ish3.." Kemudian Hidayah ketawa lagi.. Dia berkata "Ala, rileks la, sekali sekala..".. Aku yang faham benar perangainya, hanya mampu tersenyum.. Hidayah mengajukan soalan kepada ku, "Hadiah untuk siapa tu? untuk daya ekk.. Birthday daya lambat lagi tau.. hahaha..." Usik kan nya membuatkan aku ketawa kecil.. Kemudian, Hidayah meneka lagi.. "Nak bagi hadiah kat akak form 4 tu ekk? haha kantoi!!!"  aku yang tersentak dengan soalan itu terus bertanya "Mana tau ni..?? Orang tak cerita kat sapa-sapa pun.. Mana daya tau??" Hidayah pun menjawab, "sekolah ni kecik je apis.. Ok lah, daya tau apis takut.. So, u must know what u must do.. right??" aku memadang matanya, lalu berkata.. "I'm feel so bad right now, I dont have any words to say to her.. What should I do..??" Aku tahu... idea Naeem yang sebelum ni memang tak boleh pakai.. Muaz pun sama... Dua-dua kawan aku tu memang gila.. Sekarang ni, aku harap kat Hidayah sorang je... "Apis, apis just pegi kat dia dan ucap salam.. Sure dia balas.. Cakap kat dia, boleh kita jumpa sekejap..??" Hidayah memberi idea.. Aku berfikir sejenak, "bagus juga idea dia ni, lepas tu?".. Hidayah menyambung lagi, "Cakap kat akak tu, hai awak, saya ada beli gift kat awak, sebab hari tu saya ada pegi jalan-jalan kat luar".. Selepas mendengar beberapa potong ayat dari Hidayah, Aku terus menerpa ke arah wanita idaman ku.. Aku meninggalkan Hidayah keseorangan.. Dalam minda ku, hanya ada "Dia"... Ketika aku sampai berhampiran dia, aku kaku sebentar.. Mulut aku seakan terkunci.. Kelu lidah untuk aku berbicara... Wan datang berhampiran aku.. "Kau lepak belakang kantin dulu, aku panggil dia.. Be ready man.." beberapa minit kemudian, Wan hadir bersama si Dia.. aku terpaku di situ.. Wan memberi insyarat supaya bercakap sesuatu.. "Ha!! Ini lah budak akaun yang nak kenal ngan kau.. Nama dia apis, nama glamour Amran.. haha" Wan dengan selamba, berkata ayat sedemikian.. Wanita di depan aku menegur aku.. "Ha!! ada apa ni..?? nampak cemas je.. haha.." Dia juga secara selamba boleh bercakap dengan ku.. Seprti sudah lama mengenali aku.. Aku pun memulakan ayat "Hmm.. sebenarnya.. saya ada benda nak bagi awak.. dah lama nak bagi, tapi masa tak sesuai".. Dia membalas "Jadi sekarang ni, masa sesuai la ye? haha.. Apa benda nak bagi sgt tu?" Aku gelisah.. Peluh jantan sudah mengalir di dahi ku.. Aku menghulurkan kotak itu dan berkata "Ni, saya ada pergi jalan2 hari tu, teringat kat awak, tu yang beli tu"..  Dia tersenyum.. "Terima kasih awak.. Susah2 je".. Aku berkata dalam hati,"tak ada yang susah kalau untu kamu".. Kemudian aku berkata lagi.. "Boleh saya mintak number phone awak?".. Dia kembali berpaling ke arah ku.. "Untuk apa?" jawabnya ringkas.. Aku risau, takut-takut kalau dia enggan memberi.. Aku membalas, "Untuk kenal lebih dekat".. Dia tersenyum dengan jawapan ku.. Lalu Dia mengangguk tanda setuju.. Aku segera mengeluarkan pen dan kertas dan memberikan kepadanya.. Sewaktu Dia menulis, beberapa rakan sekelas nya memerhati aku dari jauh.. Dan kebanyakan dari mereka merupakan rakan-rakan sekelas ku dulu.. Selesai menulis, Dia berkata, "Nah, jangan bagi orang lain.. Rahsia.. haha" Dia pun berlalu pergi.. Dari sudut yang jauh, aku terlihat, Hidayah tersenyum lebar ke arah ku.. Mungkin tanda gembira dengan kejayaan ku...



Monday, November 22, 2010

Siri Keenam - Tasbih Cinta

Keesokan harinya, aku bangun agak awal.. Kira-kira sekitar jam 5.30pagi.. Mungkin aku terlalu ghairah untuk menemui cinta hati ku ataupun mungkin aku risau jika berlaku sesuatu yang tidak diingini terjadi sewaktu aku bertemu Dia.. Aku tiba disekolah sekitar jam 7.08pagi.. Aku lihat didalam kelas.. Kawan rapatku, Syera Jasmin, Sudah tiba lebih awal dari ku.. Dia menegur "Hai, lain macam je hari ni? ada apa-apa ke?" Aku yang terkejut dengan sapaan itu lantas mengukir senyuman di bibir tanda gembira dengan sapaan nya.. Aku membalas "Ehh!! mana ada.. aku gembira pasal hari ni, aku dah siap semua homework yang ckgu bagi semalam.." Syera membalas, "Sudah la pis, jangan bersandiwara dengan aku lagi.. Aku tau, kau ada date kan time balik sekolah nnt? betul tak?" Aku bingung, bagaimana Syera boleh tahu akan hal ini.. Aku fikir, mesti ada seseorang yang membocorkan rahsia ini.. Oh! ya, Aku rasa, Muaz yang membocorkan rahsia ini... Muaz agak rapat dengan syera.. Mustahil Wan yang memberitahu rahsia ini kepada dia, sebab Wan bukanya rapat dengan Syera.. Siap kau Muaz!! "Ok lah Syera, aku mengalah.. Memang betul.. Aku ada nak jumpa orang.. Tapi bukan date!! Just want introduce myself only".. Syera membalas, "Emm, tak tau pula aku skang nie orang kalau nak perkenalkan diri sampai kena bagi hadiah.. betul tak apis?" Urghh... memang sah ini kerja Muaz.. sampai beli hadiah pun dia cerita kat Syera.. Syera terus memperliku, "Orang dah ada kekasih hatikan, mana nak ingat kawan-kawan dah.. kalu dulu lain la.. sekarang? hmm.." Syera mengeluh agak panjang.. Aku segera membalas, "Syera!! aku tak lupa kawan ok.. lagi pun, friends is everything right? jangan risau la.." Syera bingkas bangun dari tempat duduk nya dan merampas kotak hadiah dari tangan ku... Dia segera membuka bungkusan itu dan dia ketawa terbahak-bahak di depan ku.. "HAHAHA!!! kau gila pis... beli tasbih untuk dia.. HAHA.. alim siot!! HEHE..." Terus merampas kembali kotak dan hadiah itu dan aku membalas "Aku nak bakal isteri aku seorang yang alim kau tau... HAHA".. "Bangun semua!!! Selamat Pagi Cikgu" Ketua kelasku, Farhan, memberi salam kepada guru kelas.. Perbualan ku dengan Syera berhenti di situ... 

Waktu demi waktu, jam demi jam dan minit demi minit, perasaan ku  tak tenteram.. Rasa gelisah kelihatan di muka ku.. Sehinnga Naeem dan Muaz menegur ku, "Hoi!! Apahal ni? macam kucing nak beranak je.. HAHAHA!!!" Ketawanya Naeem disambut rakan-rakan yang lain.. "Bukan kucing nak beranak lah, kawan kita ni dah ada kekasih hati... HAHAHA!!!" sekali lagi percakapan Muaz disambut dengan hilai tawa dan tepukan.. "Ahh!! diam la korang.. Aku tengah nervous ni.. Satu ayat tak prepare lagi nak cakap dengan dia.. ".. Naeem membalas ,"Cehh.. Apa susah sangat nak cakap dengan perempuan.. Mula-mula kau kena tengok mata dia, perhatikan senyumanya, keluarkan suara kau dengan jelas, jangan pandang tempat lain kalau dia bercakap.. Baru la awek tangkap cair.. HAHAHA!!!" Naeem menasihati ku.. Muaz pula bersuara, "Betul tu betul!! aku sokong.. Naeem kan mat korea.. hensem.. pandai mengayat.. tu yang awek-awek sekolah gila-gilakan dia.. HAHAHA!!!.."
"kringg!!!!!!" loceng tamat sekolah berbunyi.. Aku bergegas ke arah kantin dengan membawa kotak tersebut.. Tapi.......

bersambung....................


Friday, November 19, 2010

Siri Kelima- Cinta Lama?

Tiba-tiba, aku terjumpa bekas kekasih ku yang dahulu... Aku terkedu apabila terlihat kelibatnya... "Wajah inilah yang pernah menyemai benih cinta dulu dan wajah ini juga yang memberi parut dihati ku"  Aku memerhatikan pergerakkanya dari jauh, aku rasa dia masih tidak perasaan akan kehadiran ku kerana dia sedang leka memilih barangan yang hendak dibeli.. Pada mulanya, aku berniat hendak membatalkan hasrat ku untuk membeli cenderamata dikedai itu.. Tapi, aku berfikir, "Mengapa harus aku kenang kisah yang dulu, sedangkan depan mataku, masih ramai lagi wanita yang setia" Aku memberanikan diri masuk ke kedai itu.. Aku berpura-pura tidak nampak akan kelibat bekas kekasih ku.. Aku terus membelek segala jenis cenderamata di kedai itu.. Aku hendak memilih yang berkaitan dengan hati dan perasaan.. Beberapa detik kemudian, bekas kekasih ku perasan akan kehadiran ku di kedai itu.. Dia segera meluru kearah ku dan menepuk bahu ku.. "hai, beli hadiah ke? untuk siapa? Kekasih baru ya.. hahaha..." Aku memang sudah menjangkakan dia akan menyapa ku... lalu, aku pun berpura-pura terkejut dengan sapaan itu, "ehh? awak.. apa khabar? awak buat apa kat sini..? saya saja je tengok-tengok barang dekat sini.. Mana ada kekasih-kekasih sekarang ini.. haha" Dia seperti mengerlingkan anak matanya kearah ku "Saya sihat, dah ini kedai cenderamata, tentulah hendak beli basikal.. haha.. saya bergurau saja.. Awak bagaimana sekarang? Ambil aliran apa disekolah?" Aku hairan, mengapa dia begitu ramah sekali dengan ku.. sedangkan dia tahu bahawa dia pernah menyakitkan hati aku dulu... "Ohh.. saya ambil aliran sastera akaun.. awak, saya kena cepat ni, nanti ada masa, kita borak panjang-panjang bye.." Aku segera menghentikan perbualan denganya.. Aku tidak mahu bibit cinta tersemai semula.. cukuplah sekali aku disakiti.. Aku memilh cenderamata tanpa memeriksa terlebih dahulu.. Kemudian aku terus ke kaunter dan membayarnya.. Aku melambai tangan kearah bekas kekasihku dan dia juga membalas labaian ku.. Diwajah nya, terukir seribu kemusykilan akan kelakuan ku.. Aku segera pulang ke rumah.. Aku merebahkan tubuh ku diatas katil bilik ku.. Aku terkenang akan peristiwa tadi.. "Ahh!! lupakan saja.. dia bukanya cintakan kau.. jangan kau lupa, dia pernah melukakan hati kau dulu..." Kata hatiku sendiri...  Apa yang penting sekarang ialah, aku harus bersedia dengan rancangan aku esok.. Aku harus mengatur dan menyusun ayat apa yang hendak aku katakan esok...


bersambung..........................



Siri Keempat- Hadiah atau "Gift"??

"hoi pis, kau usha sapa tu? kau usha budak kelas aku an.. kau minat kat dia ekk?? hahaha.....
!!!"
Aku yang terkejut dengan teguran itu lantas berpaling ke arah Wan lalu berkata, "kau gila? aku dh la malas nak cinta2 ni.. buat sakit kepala je.." sebenarnya, aku sendiri tidak yakin dengan kata-kata yang aku ucapkan kepada wan. Aku sememangnya takut hendak bercinta, aku takut ditinggalkan dan aku takut orang yang aku cintai itu dimiliki orang lain.. Hati aku kosong, dan aku memerlukan seseorang untuk mengisi kekosongan itu.. Wan berkata lagi, "boleh percaya ke? aku tau kau takut bercinta, tapi bukan semua perempuan macam EX kau tu.. kau nak aku tolong cakap kat dia? ataupun kau nak aku bagitau dia yang kau nak jumpa dia? amacam?".. Aku berfikir sejenak, ada betul juga kata wan ini.. bukan semua perempuan sama.. ada yang jenis "gold digger" .. ada yang jenis gedik-gedik, ada yang jenis pemalu dan ada yang jenis ayu.. emm,... aku keliru dan buntu untuk mentafsirkan perasaan aku.. Aku suka kan dia, tapi aku takut cinta aku tak berbalas... Akhirnya wan membri cadangan "Apa kata kalau kau beli hadiah dan bagi kat dia.. ni peluang kau untuk kau jumpa dengan dia.. lepas tu mintakla nombor telefon.. macam tak biasa pulak.. ok?" Aku masih lagi membisu... dan selang beberapa ketika, aku memberi persetujuan dengan idea yang diberi Wan.. Wan tersenyum bangga kerana aku menerima idea bernasnya.. Jam sudah menunjukan tepat pukul 2ptg, ini bermakna sesi latihan koir sudah berakhir... aku tergesa-gesa keluar dari makmal komputer dan menerpa ke arah kasut ku.. aku memakai kasut dengan begitu pantas tanpa menunggu rakan-rakan ku yang lain.. Aku segera beredar dari perkarangan sekolah... Di dalam fikiran ku "Apa yang harus aku beli ya? hadiah yang romantik atau sekadar cenderamata?" Aku kusut ketika itu... Setelah sampai dirumah.. Aku terus mandi dan makan.. Kemudian, aku keluar ke kedai cendaramata berhampiran rumah ku untuk memilih hadiah yang sesuai... Tanpa aku sangka, aku terjumpa.........



bersambung........................






Siri Ketiga- "Dia?"

hmm entah la... dah hampir 4 bulan aku sekolah dan duduk dalam kelas 4E tu... aku dah mula rapat dengan si Naeem Zainuddin.. Dengan ketua kelas, Ahmad Farhan Syahiran pun sama.. Kalau Muaz Mansor apatah lagi.. Kenal sejak dari form 1... Pergaulan dengan Syera Jasmin dan pelajar-pelajar perempuan lain semakin hari, semakin mesra.. Baguslah.. Aku dah dpt menyuasaikan diri dengn keadaan baru tu.. Bila dh masuk bulan April ni, SMK Seri Gombak ada buat Hari Akedemik sempena Minggu Membaca di sekolah.. Guru bahasa inggeris aku, Pn Norhaslinda memilih aku dan Muaz sebagai wakil dari kelas 4E untuk menyertai kumpulan koir sekolah.. Pada mulanya aku ragu-ragu juga.. Tapi bila dah tengok Muaz semangat semacam je.. Aku pun timbul rasa minat pula.. Kumpalan koir ni telah diarahkan untuk memilih 3 jenis lagu.. Pilih punya pilih, akhirnya, 3 buah lagu berjaya dipilih.. Lagu-lagu tersebut ialah, Gemuruh-Faizal Tahir, Stay The Same- Joey Mclntyre dan Lagu Sekolah.. Memang happening masa latihan.. Masing-masing ada lawak tersendiri.. Sampai teacher koir pun pening di buatnya.. Kami semua buat latihan pada pukul 12.00tgh smpai 2ptg.. Aku dapat rasakan, pada ketika itu, aku dapat belajar serba sedikit tentang erti kehidupan seorang remaja.. Penuh dengan jiwa "gila", gelak ketawa dan kegembiraan.. Namun, tanpa aku sedari, aku juga telah belajar sesuatu yang tidak mungkin aku pelajari dengan guru-guru.. Aku telah belajar mengenali erti CINTA.. Sukar hendak aku percaya, dalam masa sekejapan itu, aku dah mula pandai jatuh cinta... Aku tak faham dengan perasaan ini.. Mungkin aku sekadar berkhayalan atau mainan perasaan?.. Yang pasti, aku telah jatuh cinta dengan dia.. "Dia" (sekadar nama sandaran) bukan dari kelas ku.. Dia juga bukan pelajar asal sekolah aku.. Dia baru bertukar masuk ke sekolah aku pada tahun lepas.. Memang pastilah aku tak pernah nampak Dia.. Aku mula memerhatikan gerak gerinya, cara percakapan nya dan senyumanya.. Tanpa aku sedari, kawan ku, Ridzuan Abd Jalil menegur ku...... 
          bersambung...........................


Tuesday, November 16, 2010

Siri Kedua- Guru & Kawan2 Baru?

Gugup memang terkata, namun Aku tetap melangkah masuk ke kelas dengan hati yang terbuka, kerana ditemani salah seorang kawan baikku.. Setelah selesai memilih tempat duduk yang sesuai.. Para pelajar menanti kehadiran guru kelas.. Semamangnya ramai muka yang jarang kelihatan sebelum-sebelum ini, dan ini membuatkan Aku berasa gelisah dan risau "Bagaimanakah aku mampu aku bergaul dengan rakan-rakan baru ini?" Selepas beberapa minit berselang, guru kelas 4Efisien pun masuk ke kelas jagaanya.. Beliau memperkenalkan diri beliau.. "Saya Puan Halimah dan saya merupakan guru kelas 4efisien bagi tahun 2010. Harap dapat beri kerjasama sepanjang tahun pembelajaran kamu semua" Beliau kelihatan seorang yang ramah, tetapi aku tahu, disebalik keramahanya, beliau merupakan seorang guru yang tegas dan berdedikasi.. Tempat duduk ku berhampiran dengan seorang pelajar wanita, Syera Jasmin, sudah lama aku kenalinya tapi jarang bertegur sapa. Pada tahun sebelumnya, dia juga satu kelas dengan ku.. Dia agak cantik juga orangnya, tapi yang paling aku minati ialah sikap dan perangainya yang gila-gila.. Dihadapan tempat duduku pula, ada seorang pelajar lelaki, Naeem Zainuddin, kemas orangnya, berwajah kacak ala-ala artis korea. Namun begitu, dia jenis pendiam orangnya. Sukar untuk ku tafsirkan perangainya. Selepas itu, aku lihat dibahagian hujung tempat duduk belakang, Ahmad Farhan Syahiran, ketua kelas yang telah dipilh oleh rakan-rakan sekelas ku sebentar tadi. Orangnya pendiam dan sedikit "blurr" namun aku tahu, dia seorang yang tekun dalam mengusahakan sesuatu sehingga berjaya.. Di sebelah ku, Muaz Mansor, rakan baik ku dari tingkatan satu hingga sekarang, tidak banyak berubah. Rambut kerinting merupakan penampilan utamanya.. Sekali dipandang tak ubah seperti "Cristiano Ronaldo".
bersambung..........



Monday, November 15, 2010

Siri Pertama- Melangkah Tahap ke-4

Sememangnya, ganjil bagi aku... melangkah ke tingkatan 4.. Selepas melayari nikmat keindahan di alam persekolahan tingkatan 3. Tidak dinafikan, sewaktu aku berada di tingkatan 3...
Aku banyak mempelajari erti kehidupan seorang remaja.. Aku belajar erti semangat setia kawan.
Kerjasama antara kumpulan dan erti hidup dengan rakan. Aku masih mentah ketika itu, dan kerana itu aku menimba pengalaman dengan kawan-kawan seangkatan aku.. Antara kawan-kawan aku ialah, Ridzuan, Suhaimi, Muaz, Amrullah, Naqib, Syafiq, dan ramai lagi.. Aku merasakan merekalah kawan-kawan ku dunia akhirat sehinggakan sewaktu ketika, aku merasakan bahawa syurga duniaku berada disekolah dan bukanya dirumah.. aku keliru dengan persepsi itu... mungkin kerana aku terlena hanyut dengan keindahan alam persekolahan.. Di suatu pagi yang hening, seorang budak berkaca mata, berbadan besar, berambut panjang dibelakang dan tinggi orangnya melangkah masuk perkarangan sekolah dengan hati yang resah. "Mampukah aku teruskan kehidupan di aras tingkatan 4 ini?" Aku resah kerana ini kali pertama aku berpisah dengan rakan-rakan baik ku.. Mujur salah seorang kawan baikku, Muaz Mansor, turut terpilih memasuki kelas bersamaku iaitu 4Efisien. Jadi, hilanglah sedikit degup resah di hatiku.. 

bersambung........................